A90 Toyota Supra Terbaru Buat Bro Terliur

Sembang

Kali terakhir Toyota keluarkan Supra ialah A80 Toyota Supra yang diberhentikan pengeluaran daripada kilang pada tahun 2002. Lepas tu takde dah Toyota Supra yang terbaru. Toyota Supra ada banyak generasi. A80 Toyota Supra ialah generasi yang ke-4. Kat Malaysia ni, kita lebih familiar dan selalu nampak kat jalan raya A80 Toyota Supra ni.

Kalau korang perasan, A80 Toyota Supra banyak kali ditampilkan dalam beberapa filem dan permainan video antaranya Initial D, The Fast and the Furious, Gran Turismo, Need for Speed, Forza Motorsport, Midnight Club dan Forza Horizon.

The Fast and the Furious

Need for Speed

Forza Horizon

14 Januari 2019 hari tu, Toyota tayangkan kepada umum Toyota Supra yang terbaru, yang dah lama ditunggu oleh bro-bro jiwa kelajuan seluruh dunia, A90 Toyota Supra di North American International Auto Show, Detroit, US.

Kalau korang nak tahu, A90 Toyota Supra ni hasil kerjasama antara Toyota dan BMW. Bahagian dalam A90 Toyota Supra, terutama sekali bahagian enjin, diambil daripada kecanggihan dan kehebatan BMW Z4. Engineer daripada Jepun dan Jerman bergabung selama 7 tahun, sejak dari tahun 2012 untuk hasilkan A90 Toyota Supra ni.

BMW Z4

BMW Z4

Ni bukan kali pertama Toyota bergabung dengan syarikat pengeluar kereta yang lain. Toyota pernah juga bekerjasama dengan Subaru untuk menghasilkan 2017 Toyota 86 dan Subaru BRZ sebelum ni.

Toyota 86

Subaru BRZ

A90 Toyota Supra Ni Ada Kat Malaysia Tak Nanti?

Ada. Tapi bukan dalam kuantiti yang banyak. Silap-silap mungkin kena pre-order. Dekat website www.toyota-europe.com dah boleh buat reservation dah. Kot-kot kalau korang nak reserve awal-awal takut habis. Harga yang dianggarkan kalau ada jual kat Malaysia, tak kurang daripada RM700,000.

Sumber : www.toyota-europe.com

KATALAKI: Sempat lagi ni kalau nak start menabung dari sekarang.

Last modified: 11 September 2019