Acer Keluarkan Produk Terbaharu Akhiri 2018

Gadget, Tech

Khamis yang lepas, team THELAKI dapat jemputan dari Acer untuk majlis makan tengahari sempena sambutan hari krismas. Selain dari makan tengahari, pihak Acer juga mengambil kesempatan memperkenalkan pelbagai produk-produk baru bagi mengakhiri tahun 2018.

Antara produk yang diperkenalkan adalah laptop, desktop dan jugak beberapa monitor terbaru. Laptop baru yang Acer perkenalkan adalah Acer Swift 5, Swift 3 dan jugak Acer Aspire 5. Ketiga-tiga laptop ini boleh dikatakan sesuai untuk semua jenis pengguna.

ACER SWIFT 5

Bagi korang yang mencari laptop yang bersaiz 15 inci dan mempunyai berat dibawah 1kg, Acer Swift 5 mungkin laptop yang korang cari selama ini. Acer Swift 5 mempunyai berat 990g dan setebal 15.9mm ini dibina dengan ultra light magnesium-lithium alloys untuk bahagian atas dan bawah Acer Swift 5.

Dengan 15.6 inci Full HD IPS touch display, Acer Swift 5 mempunyai bezels sebesar 5.87mm sahaja dan mempunyai 87.6% screen-to-body ratio. Battery Acer Swift 5 mampu bertahan sehingga 10 jam dan terdapat dalam dua warna iaitu Charcoal Blue dan Steel Gray bakal berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

ACER SWIFT 3

Satu lagi laptop nipis yang diperkenalkan oleh Acer adalah Acer Swift 3. Dengan ultrathin design 14.9mm dan seberat 1.35kg membuatkan Acer Swift 3 ini mudah untuk korang bawak kemana-mana.

Dikuasakan dengan 8th Gen Intel quad-core processor dan juga dedicated NVIDIA GeForce MX150 graphic card, korang boleh memaksimakan lagi penggunaan Acer Swift 3 dalam bermain video games, editing video dan photo membuatkan laptop ini sesuai dengan semua orang.

Acer Swift 3 terdapat dalam warna Sparkly Silver dan sudah boleh didapatkan di semua official store Acer dan authorized resellers di seluruh negara.

ACER ASPIRE 5

Acer Aspire 5 dilihat lebih mengfokuskan kepada pengguna yang memerlukan notebook yang berkuasa tinggi untuk membuat pelbagai kerja dan untuk media consumption.

Acer Aspire 5 mempunyai ketebalan 17.9mm nipis dan 1.8kg dan bagi sebuah laptop bersaiz 15.6, Acer Aspire 5 amat sesuai korang yang mementingkan mobility dan gaya. Acer Aspire 5 dilengkapi dengan 8th Gen Intel Core i7 Processor dan NVIDIA GeForce MX150 graphic card yang memberikan korang performance 4 kali ganda berbanding laptop biasa.

Terdapat 3 warna yang boleh korang pilih iaitu Pure Silver, Lava Red dan Obsidian Black. Bagi aku, Obsidian Black yang paling aku minat sebab nampak lebih lawa! Acer Aspire 5 juga boleh didapatkan sekarang di official online store Acer dan authorized resellers seluruh dunia.

Kalau aku, antara 3 laptop ni aku lagi suka design Acer Swift 3. Corak rekaan dia bagi aku nampak lebih simple dan disebabkan dia mempunyai berat 1.35kg dan ketebalan 14.9mm, ianya nampak lebih sesuai untuk aku gunakan untuk buat kerja sebagai contohnya.

KATALAKI: Terima kasih Acer sebab jemput team THELAKI makan tengahari, next time kita dinner pulak ye hehehe

Last modified: 22 December 2018