Acer Nitro 7 – Gaming Laptop Kipas Double!

Gadget, Tech

Baru-baru ini, Acer telah memperkenalkan gaming laptop terbaru mereka iaitu Acer Nitro 7. Gaming laptop yang mempunyai metal design ini cuma setebal 19.9mm dengan 78 peratus screentobody ratio dan mempunyai battery yang mampu bertahan sehingga 7 jam.

Acer Nitro 7 ini dilihat sangat sesuai untuk casual gamers yang mencari gaming laptop yang terbaik daripada segi design dan performance. Dengan body yang diperbuat daripada metal dan 15.6 inci display screen dengan 144Hz refresh rate dan 3ms response time bagi memberikan tearfree experience semasa bermain permainan video.

Daripada segi spec, Acer Nitro 7 dilengkapi dengan 9th Gen Intel Core processor dan mempunyai graphic card NVIDIA GeForce GTX yang terbaru di pasaran. Gaming laptop ini juga dilengkapi dengan RAM sehingga 32GB DDR4 bersama-sama dengan storage sehingga 2TB HDD storage.

Dalam masa yang sama, Acer juga mengumumkan pembaharuan pada gaming laptop Acer Nitro 5. Pembaharuan yang akan dimasukan pada gaming laptop Acer Nitro 5 ini adalah daripada segi CPU dan juga GPU.

Untuk CPU, Acer Nitro 5 ini akan menggunakan 9th Gen Intel Core processor dan GPU terbaru NVIDIA GeForce GTX. Untuk RAM pula ianya adalah sebesar sehingga 32GB DDR4 bagi memastikan pengalaman bermain permainan video pada gaming laptop ini berjalan secara lancar.

Screen display untuk Acer Nitro 5 ini pula korang boleh memilih antara 17.3 inci FullHD display ataupun 15.6 inci FullHD display dengan 80 peratus screentobody ratio. Kedua-dua laptop ini akan dilengkapi dengan dual fans termasuk teknologi Acer CoolBoost dan dual exhaust port design bagi memastikan gaming laptop ini kekal sejuk semasa korang bermain permainan video.

Buat masa ini, Acer Nitro 7 akan mula dijual di North America bermula pada bulan May ini dengan harga bermula USD999.99 dan manakala untuk Acer Nitro 5 pula akan mula dijual di North America bemula pada bulan June dengan harga bermula daripada USD799.99. Untuk market Malaysia masih belum diumumkan lagi setakat hari ini.

KATALAKI: Nice jugak Acer Nitro 7 ni, berkenan pulak!

Last modified: 12 April 2019