Acer Predator Helios 700 – Gaming Laptop Dengan HyperDrift Keyboard!

Gadget, Tech

Minggu ini, Acer telah memperkenalkan satu gaming laptop yang bagi aku sangat unik dan tak pernah lagi aku tengok gaming laptop seperti ini dekat pasaran sekarang. Gaming laptop yang diberi nama Acer Predator Helios 700 ini dikatakan dicipta khas untuk gamergamer hardcore di luar sana.

Acer Predator Helios 700 ini mempunyai 9th Gen Core i9 processor, 64GB RAM dan Nvidia GeForce RTX2080 graphic card. Korang tengok spec dia pun korang dah tahu yang Acer Predator Helios 700 ini bukan untuk geng-geng casual gamer hahaha!

via GIPHY

Gaming laptop Acer Predator Helios 700 ini juga mempunyai 17 inci FullHD IPS display dengan 3ms response time dan native G-Sync bagi mengurangkan screen tearing dan microstuttering. Ianya mempunyai lima speaker dan subwoofer bagi true onboard 5.1 surround sound!

Tapi yang paling menarik untuk gaming laptop Acer Predator Helios 700 ini adalah dekat bahagian keyboard dia. Kalau korang nak tahu, keyboard untuk gaming laptop Predator Helios 700 ini boleh slide kebawah bagi memantapkan lagi cooling system untuk gaming laptop ini.

via GIPHY

Feature yang dipanggil sebagai HyperDrift Keyboard ini bila digunakan akan expose dua air intake yang terdapat pada bahagian atas keyboard. Bila digabungkan dengan 4th generation AeroBlade 3D fan, lima heat pipes dan vapor chamber boleh dikatakan korang memang tak perlu risau lagi tentang isu laptop panas bila main game.

Buat masa ini tiada lagi info bila gaming laptop Acer Predator Helios 700 ini akan mula dijual dipasaran dan berapa harga rasminya. Kalau ikutkan leaks yang terdapat di social media sekarang, kemungkinan Acer Predator Helios 700 ini akan dijual pada harga bermula USD2,699 dan mungkin akan berada di pasaran Malaysia selepas August 2019.

KATALAKI: Nampak macam menarik laptop ni tapi saiz dia terlampau besarlah. Sakit bahu wey kalau bawak keluar daripada rumah hahaha!

Last modified: 14 April 2019