Acer Predator Helios 700 Hadir Untuk Pasaran Malaysia!

Gadget, Tech

Setelah diperkenalkan dalam bulan June tempoh hari, Acer akhirnya membawa gaming laptop Acer Predator Helios 700 untuk peminat di Malaysia. Gaming laptop ini hadir dengan HyperDrift keyboard dan juga 3D Aeroblade 4th Gen Fan bagi memastikan gaming laptop ini tidak overheat walaupun digunakan pada masa yang lama.

HyperDrift keyboard ini juga membolehkan aliran udara dipertingkatkan sehingga 18.9% melalui bahagian atas gaming laptop ini. Walaupun ia dilengkapi dengan Aeroblade 4th Gen 3D Fan, bunyi kipas yang dikeluarkan boleh dikatakan masih berapa pada tahap minimum dan tidak terlampau bising.

Predator Helios 700 ini telah dikuasakan dengan Intel Core i9 9th Gen dan digabungkan dengan NVIDIA GeForce RTX2080 bersama-sama 8GB GDDR6 VRAM dan 32GB DDR4 yang boleh dinaik taraf sehingga 64GB. Tidak dilupakan gaming laptop ini juga dilengkapi dengan 1TB PCle NVMe SSD.

Bagi memberikan performance yang dikehendaki oleh para pengguna Acer Predator, gaming laptop Acer Predator Helios 700 ini membolehkan pemain untuk melakukan overclock dengan mudah dengan hanya menekan kekunci Turbo atau hanya perlu sliding out keyboard HyperDrift.

Keyboard pada gaming laptop Acer Predator Helios 700 ini didatangkan dengan empat mode yang mana boleh dipilih oleh pengguna. Empat mode tersebut adalah Normal dan Fast apabila keyboard dalam posisi Docked, serta mode Boosted dan Extreme ketika keyboard dalam posisi Undocked.

Keyboard ini juga menampilkan RGB light bagi setiap kekunci selain kekunci antighosting dan MagForce WASD. Kalau korang nak tahu, MagForce Keys ini menggunakan suis linear seperti yang terdapat pada controller analog yang mana korang boleh merasa tekanan apabila korang menekan kekunci pada keyboard Acer Predator Helios 700.

Screen yang diletakkan pada gaming laptop Acer Predator Helios 700 ini adalah sebesar 17.3 inci 144Hz IPS yang menyokong G-sync, hotkey, Turbo Key dan PredatorSense Key yang mana membolehkan pengguna mengakses aplikasi utiliti di hujung jari mereka.

Korang rasa-rasa, berapa agaknya harga untuk gaming laptop Acer Predator Helios 700 ini? Get ready korang punya wallet sebab harga untuk Acer Predator Helios 700 ini adalah RM17,999 sahaja! Satu harga yang sangat tinggi bagi aku tapi bila melihatkan spec dan dan performance yang laptop ini boleh kecapi, aku rasa harga RM17,999 adalah berbaloi dengan apa yang ditawarkan.

KATALAKI: Ini laptop geng-geng BANGSAWAN je mampu beli bro!

Last modified: 4 October 2019