Bismillah, No! We Will Never Let You Go

Sembang

Korang dah tengok ke belum filem Bohemian Rhapsody? Yang dah tengok boleh comment kat bawah pendapat korang pasal movie ni. Korang yang belum lagi tengok, artikel kali ni akan menaikkan lagi nafsu korang untuk pergi tengok. Jangan risau, takde spoiler kat sini.

Filem Bohemian Rhapsody ni filem biografi mengenai rock band yang paling gempak sekitar tahun 70an sampai 90an, Queen. Sebenarnya aku sendiri tak dapat rasa zaman kegemilangan Queen sebab aku lahir lepas vokalis utama Queen, Freddie Mercury meninggal. So, lagu Queen yang aku tahu cuma dua ni je, We Will Rock U dan We Are The Champions. Sebelum aku tengok filem ni, aku tak kenal dan tak tahu pun apa cerita di sebalik Queen dan Freddie Mercury. Sebab cerita ni memang boek gilababs, aku terpanggil untuk share dengan korang pasal Bohemian Rhapsody. Layan jap lagu We Are The Champions kat bawah ni ambik feel. Enjoy.

Bila aku dapat tau filem Bohemian Rhapsody ni sebenarnya pasal Queen, aku pun terus rasa nak tengok filem ni sebab aku nak tau kenapa Queen ni famous satu dunia. Kalau bro-bro yang memang minat gila dengan Queen, aku jamin korang mesti tegak bulu roma tengok filem ni sebab serius gempak.

Freddie Mercury

Sebelum Queen wujud, nama Freddie Mercury ialah Farrokh Bulsara, berdarah Parsi dan pernah tinggal di India. Bila Farrokh Bulsara dan keluarganya pindah ke England, Farrokh Bulsara tukar nama panggilan ke nama yang lebih English, Freddie Bulsara.

Sumber : Getty

Lepas Freddie buat band Queen, barulah tercipta nama Freddie Mercury yang dilihamkan daripada lirik lagu Queen, My Fairy King, “Mother Mercury, look what they’ve done to me”. Dalam filem Bohemian Rhapsody nanti korang boleh tengok macam mana keadaan Freddie Mercury dengan keluarganya terutama sekali ayahnya yang kurang bersetuju Freddie Mercury nak jadi rockstar. Dalam filem ni, Rami Malek yang pegang watak Freddie Mercury. Gempak doh Rami Malek ni berlakon. Kalau korang tengok TV series Mr Robot, confirm korang dah tahu betapa hebatnya Rami Malek ni kalau berlakon.

Queen

Macam mana boleh wujud band rock nama Queen ni? Pada tahun 1970, Freddie Mercury memang minat dengan satu band ni, Smile. Bila Smile perform dekat mana-mana gig, Freddie Mercury mesti datang tengok. Satu hari tu, vokalis band Smile nak tarik diri join band lain. Masa ni la Freddie Mercury dengan otaknya yang geliga dan bernas approach ahli band Smile yang tinggal masa tu, Brian May dan Roger Taylor, guitarist dan drummer. Maka terciptalah Queen. Korang kena tengok dalam filem ni kalau nak tahu macam mana Freddie Mercury approach band Smile masa tu.

Mary Austin, Love Of My Life – Freddie Mercury

Selain daripada cerita di sebalik kewujudan Queen dalam filem Bohemian Rhapsody ni, ada juga cerita mengenai percintaan dan persahabatan sejati antara Freddie Mercury dan Mary Austin. Freddie Mercury siap buat lagu special untuk Mary Austin yang bertajuk Love Of My Life. Cer layan jap.

Dalam filem ni nanti korang boleh nampak memang wujud cinta yang sejati tu tak semestinya kena kekal bersama. Cheewahhh. Apa yang terjadi antara Freddie Mercury dengan Mary Austin, korang kena tengok dalam filem ni nanti. Jangan menitik air mata dah la.

Kostum Dalam Filem Sejibik Macam Real Queen

Satu lagi benda yang dasyat dalam filem ni ialah kostum yang dipakai oleh pelakon-pelakon Bohemian Rhapsody, terutama sekali anggota Queen dan Freddie Mercury.

Freddie Mercury memang terkenal dengan style baju-baju yang rare dipakai masa on stage atau pun masa luar persembahan. Dengan gaya lakonan Rami Malek yang memang seakan-akan Freddie Mercury, ditambah pula dengan kostum yang memang sama macam yang pernah dipakai oleh Freddie Mercury, serius gempak production team filem ni.

Ada Bismillah dalam lagu Bohemian Rhapsody

Tajuk filem Bohemian Rhapsody ni sebenarnya diambil daripada tajuk lagu masterpiece yang dihasilkan oleh Queen sendiri yang bertajuk Bohemian Rhapsody. Peminat sejati Queen confirm tahu lagu ni. Antara salah satu karya teragung Queen. Memang betul ada ayat Bismillah dalam lagu ni yang bermaksud “Dengan Nama Allah” atau “In The Name Of God”. Hanya Freddie Mercury sorang je yang tau kenapa ada Bismillah dalam lagu ni. Tapi Freddie Mercury memang dah terdedah dengan agama Islam masa tinggal dekat India. Nah layan jap lagu Bohemian Rhapsody bawah ni. Lepas aku tengok filem ni baru aku tahu kehebatan lagu ni.

Lagu Bohemian Rhapsody yang berunsur kan rock opera ni pernah ditolak oleh syarikat rakaman disebabkan durasi lagu ni selama 6 minit. Terlalu panjang untuk dimainkan kat radio. Tapi macam mana lagu ni jadi lagu hit di seluruh dunia dan macam mana pembikinan di sebalik lagu ni, korang kena tengok dalam filem ni.

Keseluruhannya, filem ni lebih fokus mengenai perjalanan Freddie Mercury bersama Queen dari awal penubuhan sehingga konsert terakhir Queen. Scene pertama filem ni pun bermula masa Freddie Mercury dah ada dekat England bekerja di Heathrow Airport. Mesti best kalau ada drama cerita pasal Freddie Mercury daripada kecik sampai Freddie Mercury hembuskan nafas terakhir. Come on la Netflix 😂

KATALAKI: Rugi kalau tak tengok filem ni. Serius.

Last modified: 26 November 2018