Ada Kesilapan Tersembunyi Dalam Trailer Baru Hobbs & Shaw

Sembang

Rasanya semua dah tahu yang akan ada filem spin-off terbaru Fast & Furious yang akan ditayangkan tak lama lagi lakonan The Rock dan Jason Statham. Sebelum ni kami ada tulis artikel pasal macam mana boleh muncul filem Hobbs & Shaw ni. Korang boleh baca jap kat sini.

Image Via : gq.com

Trailer terbaru dan kedua filem Hobbs & Shaw dah pun keluar pada 18 April 2019 hari tu. Korang dah tengok belum? Memang betul ada kesilapan dalam trailer ni. Tu pun kalau korang perasan la. Sebelum kita tengok apa yang salah dalam trailer filem Hobbs & Shaw ni, kita study dulu sikit filem ni pasal apa.

Image Via : digg.com

Filem Hobbs & Shaw ni berlaku selepas filem The Fate of the Furious atau Fast 8 yang ditayangkan pada tahun 2017. Luke Hobbs & Deckard Shaw terpaksa bergabung untuk menyelamatkan dunia daripada serangan pengganas diketuai oleh Brixton, lakonan Idris Elba.

Satu lagi benda yang best pasal filem Hobbs & Shaw ni, heroin dalam filem ni dilakonkan oleh Vanessa Kirby. Boleh tahan hot gak Vanessa Kirby ni. Kalau korang ingat lagi, Vanessa Kirby pernah berlakon dalam filem Mission Imposibble – Fallout yang ditayangkan pada tahun 2018.

Image Via : dnaindia.com

Image Via : metro.news

Macam biasa la, tak yah pening-pening. Nah kami dah carikan siap-siap Instagram Vanessa Kirby kalau korang nak sentiasa up-to-date dengan Vanessa Kirby.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vanessa Kirby (@vanessa__kirby) on

So, apa yang salah dalam trailer filem Hobbs & Shaw ni? Disebabkan Hobbs & Shaw ni bawa nama besar Fast & Furious, agak mengecewakan gak la boleh ada kesalahan kecil macam ni. Filem Hobbs & Shaw ni ialah filem ke-9 dalam franchise filem Fast & Furious.

Image Via : vanyaland.com

Dalam trailer terbaru ni, kalau korang tengok masa scene Shaw tengah cuba untuk tangkap senjata yang dicampak oleh Hobbs, mula-mula Shaw nak tangkap guna tangan kiri, tiba-tiba scene seterusnya Shaw tangkap guna tangan kanan. Korang boleh tengok kesalahan ni kat minit ke 2:35.

Mungkin pihak produksi Hobbs & Shaw terlepas pandang la kot scene yang ada kesalahan ni. Tapi apa-apa pun, kami sendiri pun tak sabar nak tengok filem ni yang dijangka akan ditayangkan pada Ogos 2019 nanti.

KATALAKI: Vin Diesel memang takde dalam filem ni.

Last modified: 27 April 2019