Ada Yang Lagi Kuat Lawan Thanos?

Sembang

Tak sabarnya nak tunggu Avengers: Endgame! Tak sabar nak tengok fight antara Thanos dengan semua team Avengers serentak. Kalau korang tengok dalam Avengers: Infinity War, korang boleh nampak betapa kuatnya Thanos dalam tu.

via GIPHY

Walaupun tanpa Infinity Stones, Thanos memang terkenal dengan kekuatan dia. Malah tanpa Infinity Stones pun dia mampu untuk tawan beberapa planet dengan hanya kekuatan dia sendiri dan juga bantuan daripada askar-askar dia.

Tapi tahukah korang yang selain Thanos, Terdapat beberapa villain lain yang lebih kuat dan lebih menggerunkan daripada dia. Kalau nak diikutkan Thanos ni macam bos level 1 je baru dan terdapat beberapa lagi bos yang lebih kuat daripada Thanos yang team Avengers kena lawan. So hari ini jum kita tengok villain mana lagi dalam Marvel yang Thanos pun gerun nak lawan! 

DORMAMMU

Dormammu telah diperkenalkan dalam MCU pada movie Doctor Strange pada tahun 2016. Didalam movie tersebut, Strange terpaksa menggunakan Eye of Agamotto untuk ugut Dormammu menghentikan serangan terhadap bumi. Dormammu terpaksa bersetuju disebabkan dia menyampah kena repeat benda yang sama haha!

Komik Strange Tales isu 126 tahun 1964 merupakan pertama kali Dormammu diperkenalkan dalam dunia Marvel. Dormammu merupakan ruler of Dark Dimension dan merupakan musuh ketat kepada Doctor Strange. Antara power yang dia ada adalah Mystic Energy Manipulation, Mastery of Dark Magic dan Dimensional Teleportation!

THE COLLECTOR & THE GRANDMASTER

Walaupun dalam movie, The Collector dan Grandmaster nampak macam manusia biasa yang tiada super power, tapi sebenarnya dorang berdua ini adalah diantara The Elders of The Universe.

Elders of The Universe ini merupakan campuran last survivors puak-puak yang telah pupus didalam galaxy. Setiap sorang daripada mereka mempunyai nyawa yang panjang dan kekuatan level cosmic. Selain The Collector dan The Grandmaster, terdapat beberapa lagi ahli dalam Elders of the Universe ini seperti Champion, Runner, Astronomer, Possessor, Trader dan Ego the Living Planet yang telah diperkenalkan dalam Guardian of the Galaxy sebagai ayah kandung Star Lord.

SURTUR

Surtur telah diperkenalkan pada tahun 1963 pada komik Journey into Mystery isu 97. Surtur juga telah muncul pada movie Thor: Ragnarok yang membawa perwatakan seperti demon yang mempunyai dendam terhadap Odin.

Surtur mempunyai tugas untuk melaksanakan Ragnarok yang mana seperti doom days kepada Asgard. Didalam movie Thor: Ragnarok, dia telah berjaya menghancurkan Asgard dan membuatkan semua penduduk Asgard lari ke bumi. Dengan tubuh badan dia yang besar dan mempunyai keupayaan untuk manipulasi fire and heat, Surtur bukanlah musuh yang senang untuk team Avengers kalahkan.

MEPHISTO

Mephisto ini pangkat dia lebih kurang macam Lucifer. Dia sememangnya direka berdasarkan inspirasi daripada Lucifer dan kekuatan dia juga lebih kepada benda-benda mistik. Dia telah mula diperkenalkan pada 1968 dalam komik The Silver Surfer isu 3.

Dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan Johnny Blaze sebagai Ghost Rider! Watak Mephisto pertama sekali dibawa ke dalam filem Marvel “Ghost Rider” adalah pada tahun 2007 yang menampilkan Peter Fonda sebagai Mephisto. Namun pada tahun tahun 2011, watak Mephisto telah dilakon oleh Ciaran Hinds pada filem ke-2, “Ghost Rider: Spirit of Vengeance”

via GIPHY

So korang rasa selepas Thanos mati nanti, siapa pula musuh yang perlu dilawan oleh team Avengers? Adakah dorang perlu berlawan dengan villain diatas or mungkin Marvel akan membawa villain baru? Sama-samalah kita tunggu nanti! 

KATALAKI: Bayangkan salah satu dari villain diatas ni turun kebumi selepas Thanos kalah. Silap-silap semua Avengers team mati!

Last modified: 20 February 2019