Adat Pelik Dari Seluruh Dunia!

Sembang

Bila bercerita tentang adat, di Malaysia sendiri kita ada pelbagai adat daripada pelbagai kaum. Ada adat yang biasa dan ada juga beberapa adat yang pelik contohnya seperti gantung daun mengkuang yang berduri dibawah rumah dan memangkah beberapa tempat tertentu disekitar rumah orang yang sedang mengandung atau sedang bersalin agar tidak di ganggu oleh makhluk halus!

via GIPHY

Bukan di Malaysia saja kita ada adat yang pelik-pelik ini, diluar negara juga masih ada mereka yang mengamalkan beberapa adat yang tidak masuk di akal. Hari ini aku akan share dengan korang beberapa adat luar negara yang pelik bagi aku.

DENMARK

Kalau korang berumur 25 tahun masih single, aku syorkan jangan pergi bercuti dekat Denmark sebab mengikut adat orang di sana, andai kata korang masih belum berkahwin bila cecah umur 25 tahun, korang akan dibaling dengan serbuk kayu manis ataupun cinnamon.

Itu baru sikit. Kalau korang masih lagi single dan tak berkahwin bila korang cecah umur 30 pula, korang akan di lempar dengan serbuk cili pula. Aku tak tahulah kalau korang still single bila cecah umur 40 dorang lempar apa pula. Gila pedih mata woi serbuk cili masuk mata!

CHINA

Walaupun adat ini semakin dilupakan tapi pada masa dulu wanita-wanita berbangsa Tujia di China akan menangis setiap malam selama sebulan sebelum majlis perkahwinan dorang. Bila malam sahaja, dorang akan berjalan diluar rumah dan mula menangis selama sebulan.

Selepas 10 hari, ibu kepada bakal pengantin perempuan pula akan join sekali menangis dan 10 selepas itu, nenek dorang pula akan join. Kalau dalam keluarga itu ada adik beradik perempuan ataupun mak cik, dorang pun kena join menangis sekali. Adat ini dikatakan dilakukan bagi membuatkan hari majlis perkahwinan lebih gembira!

THAILAND

Di Thailand setiap 25 haribulan November akan ada satu majlis keramaian yang digelar sebagai Monkey Buffet Festival yang dijalankan di Lopburi, Thailand. Pada festival ini, orang ramai akan mengumpul buah-buahan seperti tembikai, nenas dan pisang lalu diberikan kepada moyet-monyet liar dikawasan tersebut.

Festival ini dikatakan bagi membalas jasa salah satu dewa mereka yang pernah menyelamatkan seorang wanita daripada diserang oleh jembalang. Pada hari festival ini dijalankan, monyet-monyet ini boleh memakan apa sahaja yang diberikan kepada dorang. Untung jadi monyet dapat makan free hahaha!

AMAZON

Satu puak di Amazon yang dipanggil sebagai Yanomami Tribe mempunyai satu adat pelik yang dorang jalankan bila berlaku kematian dalam ahli keluarga dorang. Mula-mula sekali mayat ahli keluarga tersebut akan dibakar dan dorang akan kumpul abu mayat tersebut.

Lepas dorang dah kumpul, dorang akan lumur semua abu mayat tersebut pada muka dorang. Korang ingat itu dah cukup pelik? Well selepas dorang dah habis lumur dekat muka, dorang akan campurkan abu mayat tersebut dengan pisang dan jadikan macam sup. Sup itu pula akan diminum oleh semua ahli keluarga dorang!

INDONESIA

Terdapat satu adat yang agak menyakitkan yang dilakukan kepada kanak-kanak yang masuk umur matang. Apa yang dorang akan buat ialah dorang akan pakaikan kanak-kanak ini dengan pakaian tradisional dan dibawa berjumpa dengan pawang atau bomoh kampung.

Selepas itu, gigi taring kanak-kanak ini akan diratakan tanpa diberi ubat penahan sakit semasa upacara ini dijalankan. Adat ini dikatakan bagi mengelakkan kanak-kanak ini dianggap seperti haiwan dan ini dipercayai akan menyukarkan mereka masuk ke syurga.

KATALAKI: Apa adat-adat yang pelik korang pernah tengok atau dengar?

Last modified: 3 July 2019