Ahli Sukan Yang Ada Bisnes Sendiri, Poket Tebal

Sembang

Tempoh ahli sukan untuk kekal aktif dalam bidang sukan masing-masing paling lama mungkin selama 15 hingga 20 tahun sebelum bersara. Contohnya macam legenda Formula 1, Mika Häkkinen aktif berlumba selama 10 tahun sejak tahun 1991 hingga 2001.

Kalau pemain bola sepak, Roberto Carlos aktif bermain bola sepak selama 24 tahun sejak tahun 1991 hingga 2015. Lepas dorang bersara, dah tentu sekali dorang dah tak dapat gaji sama macam dorang masih lagi aktif bersukan. Sebab tu la ada sesetengah ahli sukan yang dah ada backup plan bila dah bersara nanti. Salah satu backup plan yang dorang ada ialah jalankan bisnes sendiri.

Kali ni kita nak tengok ahli sukan mana yang ada duit berkepuk disebabkan bisnes yang dorang ada selain daripada aktif dalam bidang sukan.

Tony Hawk

Tony Hawk mula terlibat secara profesional dalam skateboarding sejak tahun 1982, masa tu Tony Hawk baru je berumur 14 tahun. Sampai sekarang umur dah 51 tahun pun masih lagi boleh main skateboard.

Selain daripada skateboarding, Tony Hawk ada gak keluarkan video game untuk tambah lagi cabang pendapatannya. Kali pertama video game yang dikeluarkan oleh Tony Hawk hasil kerjasama dengan Activision ialah pada tahun 1999, Tony Hawk’s Pro Skater.

Pada tahun 2018, game terbaru, Tony Hawk’s Skate Jam dikeluarkan pada Disember 2018 untuk smartphone. Tak cukup dengan game, Tony Hawk ada gak syarikat dan jenama sendiri yang menjual barang-barang skateboard iaitu Birdhouse Skateboards dan syarikat produksi video, 900 Films.

The Rock

The Rock atau juga dikenali sebagai Dwayne Johnson mula aktif dalam bidang sukan american football pada tahun 1990 hingga 1995.

Pada tahun 1996, The Rock terlibat lak dengan sukan wrestling sampai tahun 2013. Lepas bersara daripada wrestling, The Rock lebih banyak terlibat dalam dunia lakonan. Selain daripada berlakon, bisnes apa yang The Rock ada?

The Rock ada syarikat produksi filem yang diberi nama Seven Buck Productions sejak tahun 2012. Antara filem yang pernah melibatkan Seven Buck Productions ialah Rampage, Jumanji: Welcome to the Jungle, Shazam!, dan Hobbs & Shaw.

Cristiano Ronaldo

Rasanya ramai dah yang tahu betapa kayanya CR7 ni. Bukan je kaya sebab tajaan daripada jenama-jenama besar macam Nike contohnya. CR7 ada gak bisnes sendiri yang membuatkan CR7 bertambah kaya, antaranya butik fesyen, perfume, kampus bola sepak, muzium dan hotel.

Korang boleh baca pasal punca Cristiano Ronaldo kaya-raya kat sini.

Michael Jordan

Legenda Basketball yang masih lagi kaya walaupun dah bersara. Michael Jordan la punca kenapa kasut Nike Air Jordan masih lagi mencatat rekod jualan tertinggi sejak tahun 1984 sampai la sekarang ni.

Michael Jordan ada gak bisnes dalam bidang permotoran selepas berjaya buka showroom Nissan pada tahun 1990 di North Carolina. Michael Jordan ada gak restoran yang diberi nama Michael Jordan’s Steakhouse kat Chicago, Connecticut dan Washington.

KATALAKI: Kalau korang ada RM 1 Juta, bisnes apa yang korang nak buat?

Last modified: 21 March 2019