Ahli Sukan Yang Pernah Berlakon Watak Pelik

Sembang, ZAP, ZeKool

Bukan benda yang pelik kalau seorang ahli sukan mula terlibat dalam dunia lakonan. Tapi akan jadi pelik bila watak yang diberikan tak sesuai langsung dengan ahli sukan tersebut. Pelakon-pelakon yang pernah bergelar ahli sukan tapi kini semakin terkenal selepas terlibat dalam bidang lakonan antaranya The Rock, Dave Bautista, Jason Statham, Vinnie Jones dan ramai lagi lah. Eric Cantona pun pernah berlakon lebih daripada 20 filem. Tapi hanya aktif berlakon di Perancis. Siapa lagi yang terlintas dalam fikiran korang?

Walau bagaimanapun, pernah bergelar ahli sukan bukan bermaksud perjalanan karier dalam bidang lakonan dijamin seindah macam yang disangka. Ada ahli sukan yang bermula dengan kaku depan kamera dan meneruskan lagi lakonan sehingga dikenali ramai dan ada gak ahli sukan yang hanya buat kemunculan sekali seumur hidup dalam dunia lakonan, lepas tu terus trauma. Jadi, kali ni kita nak tengok balik, mungkin antara korang yang dah pernah tengok filem-filem ni, ahli sukan yang pernah melakonkan watak pelik, rare, cringe dan seangkatan dengannya.

DENNIS RODMAN (DOUBLE TEAM)

Legenda sukan bola keranjang yang pernah menang kejuaraan NBA sebanyak 5 kali, Dennis Rodman kali pertama mula terlibat dalam dunia lakonan adalah menerusi filem Double Team yang ditayangkan pada tahun 1997, bergandingan dengan Jean-Claude Van Damme.

Lakonan Dennis Rodman dalam filem ni dikritik dengan teruk sehingga menerima anugerah yang mengiktiraf pelakon-pelakon paling teruk, Golden Raspberry Awards atau juga dikenali sebagai Razzie Awards. Tak pasti sama ada Razzie Awards ni bertujuan untuk mengiktiraf atau menghina, tapi Dennis Rodman berjaya menang anugerah Worst New Star, Worst Supporting Actor dan Worst Screen Couple menerusi filem Double Team.

TOM BRADY (STUCK ON YOU)

Legenda american football yang masih lagi beraksi untuk pasukan New England Patriots walaupun umur dah lebih 40 tahun, Tom Brady pernah buat kemunculan sulung dalam bidang lakonan menerusi filem Stuck on You pada tahun 2003 sebagai watak sampingan, di samping Matt Damon sebagai pelakon utama.

Ramai yang mengkritik kemunculan Tom Brady dalam filem ni atas sebab-sebab tertentu antaranya watak yang kurang menonjol untuk seorang pemain american football yang pernah menang Super Bowl sebanyak 6 kali. Selain daripada filem Stuck on You, Tom Brady pernah gak berlakon dalam drama bersiri Entourage dan filem Ted 2.

 

View this post on Instagram

 

“In the long battle between stone and water, in time, the water always wins.”

A post shared by Tom Brady (@tombrady) on

LANCE ARMSTRONG (DODGEBALL)

Pernah mencetuskan kontroversi selepas gagal dalam ujian doping, bekas pelumba basikal ternama dunia, Lance Armstrong pernah melakonkan babak paling awkward bersama Vince Vaughn sebagai pelakon utama dalam filem DodgeBall: A True Underdog Story yang ditayangkan pada tahun 2004.

Dalam babak ending filem tersebut, Vince Vaughn yang baru lepas kalah dalam perlawanan Dodgeball terserempak dengan Lance Armstrong dan minta kata-kata semangat sebab Lance Armstrong merupakan seorang cancer survivor yang berjaya menang 7 kali kejuaraaan Tour de France. Malang sekali, 7 kejuaraan Tour de France yang pernah dimenangi oleh Lance Amstrong terpaksa dilucutkan pada tahun 2012 selepas didapati bersalah menggunakan bahan dadah terlarang semasa bertanding.

KATALAKI: Kebanyakan bekas ahli sukan yang masuk ke dalam bidang lakonan mesti akan pegang watak-watak yang memerlukan kegagahan.

Last modified: 18 March 2020