Air Katira Diperbuat Daripada Getah?

Sembang, ZAP, ZeKool

Ketika artikel ini ditulis, kita sudah memasuki fasa seminggu dalam bulan yang mulia ini, dan sesuia untuk kami mengucapkan tahniah kepada mereka yang sedang membaca artikel ini oleh kerana berjaya melengkapkan ibadah puasa dengan jayanya dan harap-harap korang yang membaca ini terus istiqomah untuk melengkapkan lagi beberapa bahagian dalam bulan Ramadan sebelum ianya meninggalkan kita buat tahun 2020 ini.

Okay baik, antara menu yang terpopular bila tiba bulan Ramadan ini tentunya air hijau yang akan selalu kita dapat lihat dijual di mana-mana saja, tak kira lah di bazaar Ramadan atau pun di restaurant yang menyediakan juadah untuk waktu berbuka puasa, air yang diberi nama Air Katira.

ASAL USUL AIR KATIRA

Air katira merupakan sebuah air minuman yang diadun dengan campuran herba-herba yang mempunyai khasiat yang tinggi. Minuman ini mula menjadi tular dikatakan kira-kira pada seawal tahun 1981 di Johor Bahru. Ianya dikatakan juga adalah satu-satunya air kegemaran ramai yang popular sepanjang bulan Ramadan. Minuman ini diperkenalkan oleh seorang peniaga bernama Abu Bakar Mohd Yusof, air katira yang dibuat oleh Encik Abu Bakar juga dihasilkan dengan mengunakan susu, bukannya santan kelapa kerana santan kelapa mampu melemahkan orang yang meminumnya.

Minuman air katira ini juga dikatakan dihasilkan dari Singapura, ianya merupakan air kegemaran orang Islam di India Selatan. Walaupun tiada info yang tepat mengenai asal usul sebenar air katira ini, namun air minuman ini dikatakan berasal dari Pakistan.

KATIRA GETAH ANGGUR?

Bahan utama dalam air minuman segar ini adalah katira, dan pastinya ramai yang tidak tahu apakah sebenarnya katira ini? Kepada yang tidak tahu. Katira ini sebenarnya adalah sejenis gam atau getah dimana ianya juga dikenali sebagai Karaya Gum.

Karaya Gum ini, atau dikenali juga sebagai getah anggur adalah daripada spesis pokok Sterculia, ianya juga adalah sejenis pokok yan terdapat di India Selatan dan Pakistan. Walaupun namanya dikenali sebagai getah anggur, namun ianya tidak ada kena mengena langsung dengan buah anggur mahupun pokok anggur.

Katira atau Karaya Gum ini dikenali ramai sebagai ubat tradisional untuk sakit seperti sembelit, lawas air besar dan terdapat juga yang mengatakan ianya dapat memberikan tenaga batin.

KENAPA SPECIAL DI BULAN RAMADAN?

Apa yang membuatkan air katira ni boleh dikatakan sangat special dan hanya muncul pada bulan Ramadan? Well, kami rasa salah satu pulling factor atau yang membuatkan air katira ini mendapat perhatian ramai adalah dari segi warna hijaunya. Walaupun warna hijau didalam air tersebut hanyalah pewarna pandan, namun warna hijau tersebut dapat menarik perhatian ramai ketika ianya dijual di bazaar Ramadan.

Dengan campuran herba dan bahan semula jadi seperti susu badam, kurma, kembang semangkuk, susu, biji selasih, kacang tanah, kismis, dan bermacam-macam lagi, ini juga adalah salah satu faktor yang membuatkan air katira ini sangat istimewa untuk diminum pada bulan Ramadan, oleh kerana khasiat campuran herba-herba semula jadi didalamnya yang dapat membantu memberikan kesegaran kepada peminum dan secara tidak langsung mengembalikan tenaga setelah seharian berpuasa.

Selain air katira, atau ejaan yang dikenali sebagai “khatira”, air minuman ini juga dikenali sebagai salah satu minum dalam kategori “hunger buster drink”. Air katira ini bukan saja popular di Singapura atau Johor, malah ianya juga adalah air minuman yang popular di bulan Ramadan di seluruh negeri.

KATALAKI: Air katira kampung melayu majidee antara yang paling lejen ah

Last modified: 3 May 2020