AirAsia & PMC Bawa ‘Terbang’ 7 Rekaan Terbaik Asia!

Sembang, ZAP, ZeKool

Salah sebuah brand pakaian tempatan yang tidak asing lagi di kalangan anak muda iaitu Pestle & Mortar Clothing(PMC) baru-baru ini telah muncul dengan koleksi pakaian dengan gaya ala-ala urban streetwear yang terbaharu.

Koleksi pakai terbaharu dibawah jenama Pestle & Mortar Clothing kali ini bukan calang-calang gais sebab kali ini Pestle & Mortar Clothing berkolaborasi dengan syarikat penerbangan tambang murah terkenal; AirAsia Group Bhd. Kolaborasi yang mengetengahkan konsep “PMC x AirAsia: S.E.A. Pride”; sebuah koleksi kapsul eksklusif yang meraikan kemegahan rantau Asia Tenggara serta budaya dan rakyatnya.

Dilancarkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Rex KL pada 11 Februari 2020. Koleksi kapsul eksklusif antara Pestle & Mortar Clothing dan AirAsia menampilkan hasil rekaan terbaharu daripada tujuh pereka terbaik dari Asia Tenggara. Selain rekaan daripada pereka Malaysia Pestle & Mortar Clothing, koleksi ini juga turut menampilkan rekaan antaranya daripada peraka terkenal seperti Headless (Vietnam), Lisa Mam and Peap Tarr (Kemboja), Mamablues (Thailand), Don’t Blame The Kids (Filipina) dan Sam Lo (Singapura).

Hasil rekaan daripada 7 negara dari Asia Tenggara ini memberikan para pereka kebebasan kreatif dan berkarya sepenuhnya dalam mengekspresikan erti Asia Tenggara atau Southeast Asia melalui gaya rekaan mereka, dan secara tidak langsung mengangkat dan meraikan bakat para pereka dan artis dari Asia Tenggara.

Koleksi tebaharu antara AirAsia dan Pestle & Mortar Clothing ini mengetengahkan tujuh pakaian dan aksesori seperti tiga helai baju-t, sebuah topi, satu tag bagasi, sebuah beg dan satu set pin dengan tiga rekaan. Pelancaran yang disaksikan oleh Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pestle & Mortar Clothing Hugh Koh bertempat di REXKL.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama tempatan seperti Pestle & Mortar Clothing, untuk meningkatkan jenama Asia Tenggara dalam tawaran gaya hidup kami. Kerjasama ini membuka peluang kepada para pereka di rantau ini untuk bersama-sama menaikkan nama dan rekaan mereka di rangkaian luas kami dan dalam talian” kata Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw.

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Antara yang membuatkan koleksi antara koleksi istimewa yang dijangkakan akan menarik lebih lagi perhatian antaranya daripada para peminat koleksi pakaian streetwear adalah ianya merupakan bersempena dengan sambutang Ulang Tahun ke-10 Pestle & Mortar Clothing. “Kami bukan sahaja jenama, tetapi juga pencerita. Di Pestle & Mortar Clothing, kami bercerita melalui kanvas yang mana kami berharap dapat mencetuskan perbualan dan menunjukkan kemampuan bakat-bakat di Asia Tenggara. Kerjasama dengan AirAsia adalah sangat istimewa kerana ianya bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-10 kami dan pada masa yang sama kami dapat menyerlahkan cerita Asia Tenggara dengan sebuah koleksi daripada tujuh pereka berbeza.” menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pestle & Mortar Clothing Hugh Koh.

Kalau korang memang jenis yang suka support local dan ingin dapatkan koleksi terbaharu pakaian streetwear, terutama sekali koleksi kapsul terbaharu Pestle & Mortar Clothing dan AirAsia ni, koleksi terbaharu ini boleh didapati bermula 15 Februari 2020 di dalam penerbangan terpilih AirAsia atau boleh terus ke butik Major Drop Sunway Pyramid, Major Drop Midvalley.

KATALAKI: Style jugak pakai streetwear ni an an….

Last modified: 13 February 2020