Airport Paling Bahaya Di Dunia!

Sembang

Tahukah korang yang KLIA (Kuala Lumpur International Airport) merupakan lapangan terbang paling sibuk di Malaysia dan berada di kedudukan 23 lapangan terbang paling sibuk di dunia. Pada tahun 2018 sahaja, sebanyak 59,988,409 penumpang telah menggunakan lapangan terbang Kuala Lumpur International Airport ini.

Aku bukanlah orang yang selalu terbang kemana-mana. Antara sebab dia ialah nombor satu aku tak ada duit nak pergi travel dan nombor dua adalah aku takut betul nak naik kapal terbang. Takut nak kapal terbang ini bukanlah perkara pelik sebab siapa saja tak takut bila korang selalu tengok video-video kapal terbang yang terbabas bila mendarat!

Tengah aku tengah mencari idea nak menulis apa, aku terpikir nak google tentang lapangan terbang yang ada dekat semua negara dan aku terjumpa beberapa lapangan terbang yang bagi aku sangat-sangat bahaya untuk mendarat tapi masih lagi ada orang yang gunakan. Cuba korang tengok lapangan terbang dekat bawah ini. Tengok sama ada korang berani atau tak nak pergi sana!

LUKLA AIRPORT

Kalau korang nak pergi mendaki Gunung Everest, lapangan terbang inilah yang korang kena pergi. Lapangan terbang ini telah tersenarai sebagai lapangan terbang paling berbahaya di dalam dunia selama 20 tahun berturut-turut. Lapangan terbang ini telah dibina sejak tahun 1964.

Lapangan terbang ini sangat kecik disebabkan semasa lapangan terbang ini sedang dibina, orang-orang kampung yang mempunyai tanah disekeliling lapangan terbang ini enggan menjual tanah dorang jadi disebabkan itu, Edmund Hillary yang bertanggungjawab membina lapangan terbang ini terpaksa mengalah dan membinanya dengan tanah yang ada. Hujung landasan lapangan terbang ini merupakan tebing yang sangat curam dengan ketinggian lebih 2,000 batu!

GIBRALTAR INTERNATIONAL

Bayangkan korang tengah bawa kereta tiba-tiba ada kapal terbang landing depan kereta korang. Kalau korang tinggal dekat selatan Europe, mungkin inilah yang korang akan lalui setiap hari dan disebabkan inilah Gibraltar International dikatakan antara lapangan kapal terbang paling berbahaya di Europe.

Setiap kali kapal terbang ingin mendarat ataupun berlepas, jalan utama Winston Churchill Avenue akan ditutup dan kenderaan-kenderaan yang berada pada jalan tersebut akan berhenti untuk memberi laluan kepada kapal terbang ini mendarat dan berlepas.

PRINCESS JULIANA INTERNATIONAL AIRPORT

Korang nak rasa macam mana perasaan kapal terbang betul-betul landing dekat atas kepala korang ataupun korang nak merasa betapa kuatnya angin engine kapal terbang sambil-sambil mandi pantai? Kalau korang nak rasa aku cadangkan korang pergi di Saint Maarten.

Lapangan terbang yang berada di kepulauan Caribbean ini sebenarnya dibina untuk kapal-kapal terbang yang kecil sahaja namun disebabkan terlampau ramai orang nak bercuti disini, mereka mula menerima kapal terbang yang lebih besar seperti A340 dan 747. Kalau nak merasa tengah sun bathing tiba-tiba korang terbang masuk laut bolehlah melepak dekat pantai belakang airport ini hahaha!

BARRA AIRPORT

Airport ini merupakan satu-satunya airport yang korang kena tahu sama ada air pasang ataupun surut sebelum korang mendarat. Ini disebabkan bila air pasang, seluruh lapangan terbang ini akan ditenggelami oleh air laut dan ini akan menyukarkan kapal terbang untuk mendarat.

Lapangan terbang yang terletak di pantai Traigh Mhor, Scotland ini cuma akan beroperasi apabila air surut sahaja dan yang menariknya apabila waktu malam dan air pasang, korang boleh nampak lampu-lampu dilandasan ini menyala didalam air laut. Jadi walaupun lapangan terbang ini agak bahaya tapi nampak lawalah bila waktu malam.

PARO AIRPORT

Paro Airport ini terletak di pergunungan Himalayan dan dikelilingi dengan gunung-gunung yang tinggi. Untuk mendarat dilapangan terbang ini, juruterbang terpaksa melalui celah-celah gunung dan hanya beroperasi pada waktu pagi sahaja.

Disebabkan kondisinya yang sangat bahaya, hanya 25 juruterbang sahaja yang mempunyai kemahiran dan layak untuk berlepas dan mendaratkan kapal terbang dilapangan terbang Paro Airport ini. Korang bayangkan daripada beribu juruterbang, 25 orang sahaja yang layak bro!

KATALAKI: Betul ke orang cakap tiket kapal terbang pergi Jepun lagi murah daripada pergi Sabah?

Last modified: 3 June 2019