AJL 33 – Persembahan Yang Boleh Buat Tak Tidur Malam

Sembang

Tinggal beberapa hari je lagi, Anugerah Juara Lagu 33 akan berlangsung pada 3 Februari 2019 nanti di Stadium Axiata, Bukit Jalil. Bro-bro sekalian dah ready ke nak layan lagu-lagu terhebat sepanjang tahun 2018 yang akan berentap untuk membuktikan lagu mana yang layak menjulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-33 nanti?

Bawah ni senarai penuh lagu-lagu yang akan bertanding untuk AJL 33 kot-kot kalau ada yang masih blur tak tahu lagu mana yang layak.

1. Semakin – Siti Sarah

2. Bunga – Ara Johari

3. Kau Pun Sama – Syamel

4. Sampai Bila – Misha Omar

5. Haram – Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah

6. Luluh – Khai Bahar

7. Bunga – De Fam

8. Jatuh Bangun – Haqiem Rusli ft Aman Ra

9. Tak Pernah Hilang – Amylea dan Kaer

10. Hajat – Hael Husaini

11. Di Matamu – Sufian Suhaimi

12. Nisan Cinta – Siti Nordiana dan Jaclyn Victor

Sumber : NSTP

Dah 33 Tahun!

Anugerah Juara Lagu ni dah berlangsung sejak tahun 1986 lagi. Masa tu korang umur berapa? Setiap kali AJL dianjurkan, mesti ada sesuatu yang terjadi kat atas stage yang kita boleh ingat sampai sekarang. Contohnya masa Misha Omar bawa pontianak naik stage, Noraniza Idris bawa sekampung atas stage dan banyak lagi lah. Jom kita throwback balik peristiwa yang tak boleh kita lupa sepanjang AJL berlangsung.

Busking Atas Pentas AJL

Pada tahun 2015, band Mojo yang layak ke AJL 29 dengan lagu “Romancinta”, berdepan dengan masalah besar bila vokalis asal, Aweera disingkirkan oleh Edry Abdul Halim selepas berlaku beberapa perselisihan fahaman. Masa ni la Edry Abdul Halim serabut fikirkan siapa yang layak untuk menggantikan tempat vokalis asal untuk bawa lagu “Romancinta” di pentas teragung AJL 29.

Kebetulan masa tu Caliph Buskers viral kat media sosial nyanyi lagu “Romancinta” kat depan Sogo, Kuala Lumpur. Nah, Edry Abdul Halim bawa Caliph Buskers ke pentas AJL 29 untuk nyanyikan lagu “Romancinta”. Masa malam AJL 29 tu, “Romancinta” berjaya menang anugerah untuk Persembahan Terbaik.

Aku Tanya Apa Khabar

AJL 29 juga buat pertama kalinya lagu genre Hip Hop diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu 29. Lagu yang berkait rapat dengan kisah hidup Joe Flizzow , Malique dan Too Phat ni bertajuk “Apa Khabar”, berjaya kalahkan lagu-lagu lain antaranya “Masih Ada Cinta”, Shila Amzah dan “Di Pintu Syurga”, Dayang Nurfaizah. Lagu “Apa Khabar” ni juga termasuk dalam album Joe Flizzow yang pertama kalinya ditampilkan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya bertajuk “Havoc”. Korang ada simpan lagi tak album ni?

Muzik Indie Kali Pertama Juara AJL

Masa AJL 22, Estranged berjaya buktikan muzik indie mula mendapat perhatian penggemar muzik tanah air selepas menjadi juara AJL 22 pada tahun 2008 dengan lagu “Itu Kamu”. Untuk AJL yang seterusnya, Meet Uncle Hussain sekali lagi berjaya membuktikan dan mengekalkan kekuatan muzik indie selepas berjaya menjadi juara AJL 23 pada tahun 2009 dengan “Lagu Untukmu”.

Satu-Satunya Bukan Penyanyi Asal Menang AJL

Pada tahun 2017, lagu “Terukir Di Bintang” dinobatkan sebagai juara AJL 27 selepas persembahan sempoi oleh Aizat Amdan yang menggantikan Yuna. Masa ni la Aizat Amdan selamba je perform kat pentas AJL dengan secawan kopi. Sebelum tu, Aizat Amdan juga pernah jadi juara AJL 24 pada tahun 2009 dengan lagu “Pergi”.

Pasangan Duet Pertama Juara AJL

Dato M.Nasir dan Dato Jamal Abdillah lah pasangan duet pertama yang berjaya menjadi juara masa AJL 1997 dengan lagu “Ghazal Untuk Rabiah”. Takde bawa sorang pun penari latar masa tengah perform lagu “Ghazal Untuk Rabiah”. Dorang berdua je yang beraksi atas pentas AJL masa tu. Setakat ni Dato M.Nasir pernah menang AJL sebanyak 3 kali sebagai penyanyi dan 4 kali sebagai komposer. Pasangan duet lain yang pernah menang AJL ialah Nurul & Ajai untuk lagu “Keliru”, AJL 17 dan Joe Flizzow & Sona One untuk lagu “Apa Khabar”, AJL 29.

Kalau nak lagi umpphh, korang boleh layan gak playlist kompilasi lagu-lagu yang pernah berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Jom layan playlist Hot X kat bawah ni, kasi throwback satu kaliiiii

KATALAKI: Siapa favourite korang untuk menang AJL 33 kali ni?

Last modified: 1 February 2019