Akaun Parodi Paling Lawak Di Dunia

Sembang

Sekarang ni tak yah susah-susah dah kita nak tercongok depan TV, atau beli komik lawak untuk tengok benda-benda lawak. Ambik smartphone, scroll je timeline memang confirmed kita boleh terhibur punya lah kat media sosial. Berlambak-lambak punchline hambar yang kita boleh tengok. Tapi hambar pun, terhibur gak kadang-kadang ye dak?

Kalau korang perasan sekarang ni kat media sosial ada je makhluk yang muncul dan seolah-olah memang betul wujud di dunia yang sebenar contohnya macam ucukraver, AmranFans, dan ramai lagi lah. Korang pernah jumpa ucukraver dan AmranFans depan-depan? Takde siapa pun tahu macam mana rupa dorang yang sebenar. Tapi dorang ni juga la yang setia menghiburkan kita dalam dunia digital.

Walaupun kadang-kadang ada lawak yang disampaikan agak kasar dan boleh mengguris jiwa dan raga, tapi sebenarnya lawak tersebut disampaikan secara kreatif. Tak terjangkau dek akal macam mana boleh dapat idea untuk sampaikan lawak yang kita tak terfikir. Kalau korang masih lagi tercari-cari akaun media sosial mana yang boleh bekalkan lawak-lawak untuk hiburkan hari korang yang suram, ni kami sediakan akaun-akaun parodi yang penuh dengan lawak jenaka, troll, memes dan banyak lagi lah. Apa lagi tunggu tu, tengok kat bawah ni.

KATALAKI: Kalau ada akaun parodi lain yang korang follow boleh mention kami @thelaki_ kat twitter okehh.

Last modified: 7 February 2019