Akhirnya Dah Boleh PvP Dengan Player Lain!

Game, Tech

Selepas 2 tahun Pokemon Go dikeluarkan, akhirnya pihak Niantic Labs umumkan jugak feature yang semua player-player satu dunia tunggu selama ini. Mulai bulan ini, Pokemon Go akan di kemaskini dengan fungsi Player vs Player!

Walaupun boleh dikatakan benda ini agak lewat, tapi sebagai peminat permainan mobile Pokemon Go, aku sendiri tak sabar nak mencuba fungsi ni.

Pihak Niantic Labs juga ada menunjukan beberapa screenshot demo macam mana fungsi PvP ini akan berfungsi di Pokemon Go. Secara asasnya, PvP or nama yang dipilih oleh Niantic Labs iaitu Trainer Battle ini sama gameplay dia seperti Gym ataupun Raid Battle.

Perbezaan dia adalah korang tak boleh dodge macam korang battle masa raid or gym battle. Namun korang boleh block attack pihak lawan sebelum pihak lawan menggunakan charge attack. Dikatakan player cuma akan dapat 2 block saja setiap satu battle. Jadi korang kena gunakan fungsi block ini dengan betul dan tepat pada masanya.

Korang boleh battle secara face to face dengan kawan-kawan korang or juga boleh secara jarak jauh. Untuk face to face battle, korang cuma scan QR code yang terdapat pada menu battle. Untuk battle jarak jauh pulak, Korang cuma boleh battle dengan kawan korang yang telah mencapai level Ultra Friend keatas sahaja.

Apa yang lagi menyeronokan adalah winner dan loser tetap akan mendapat reward selepas habis battle. Kedua-dua pihak berpeluang untuk mendapatkan rare item seperti Sinnoh Stone, yang mana membolehkan korang evolved certain Pokemon Generasi ke 4.

Tiada limit berapa kali korang boleh battle dalam masa sehari cumanya untuk mendapatkan reward cuma boleh 3 kali sahaja sehari.

Pihak Niantic Labs buat masa ini masih tidak memberi tahu bilakah tarikh rasmi fungsi PvP ini akan dikeluarkan tetapi mereka menjanjikan ianya akan datang dalam bulan ini jugak so sama-sama lah kita tunggu ye.

KATALAKI: Tak sabar nak battle dengan kawan-kawan sambil jerit “Pikachu, I choose you!

Last modified: 6 December 2018