Akhirnya! – Watak Gadis Misteri Fantastic Beast 2 Terbongkar

Sembang

Pada September lepas Warner Bros. Pictures baru saja keluarkan final trailer untuk filem Fantastic Beast: The Crimes of Grindelwald dan banyak rahsia yang terjawab berbanding dengan trailer sebelumnya.

Salah satunya adalah watak gadis misteri yang membawa pelbagai spekulasi dari peminat filem ini. Didalam final trailer ini kita dapat tahu yang gadis misteri ini sebenarnya adalah Nagini, seekor ular dan merupakan salah satu Horcrux Voldemort dalam siri filem Harry Potter!

Nagini merupakan seorang Maledistus, perempuan yang telah disumpah untuk berubah menjadi haiwan selamanya. Berbeza dengan watak Sirius Black yang merupakan seorang Animagus yang mampu mengawal untuk menjadi binatang yang mereka pilih dan mampu berubah menjadi manusia balik.

Filem Fantastic Beast: The Crimes of Grindelwald ini akan mula ditayangankan pada 16 November 2018.

KATALAKI : Persoalannya sekarang, macam mana Nagini boleh jumpa dengan Voldemort dan setuju jadi salah satu Horcrux-nya?

Last modified: 24 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *