Akon Kini Pemilik Sebuah Bandar Di Senegal

Sembang, ZeKool

Ingat lagi tak penyanyi yang pernah famous dengan lagu-lagu upbeat seperti Right Now, Lonely, Smack That, Don’t Matter dan banyak lagi lah lagu-lagu dia yang dah menjadi hit di satu dunia dan menjadi siulan buat kita semua. Ya, penyanyi dan rapper yang berasal dari Senegal bernama Akon.

Tak dinafikan menjadi seorang selebriti terkenal pada zaman sekarang ni adalah impian semua orang. Nak-nak kalau dapat jadi seorang selebriti yang terkenal di mata dunia. Kita baru masuk fasa 3 minggu dalam tahun 2020 ni dan dah banyak dah berita-berita tentang selebriti terkenal yang mengejutkan kita, terutama sekali berita tentang selebriti Hollywood.

Dan antara berita yang mengejutkan untuk permulaan tahun 2020 ini adalah penyanyi dan rapper terkenal Akon kini bergelar pemilik sebuah bandar di negara Senegal. Bandar pintar milik Akon tersebut bakal dikenali sebagai “Akon City”.

Pada bulan Jun 2018, penyanyi yang bernama Aliaune Damala Bouga Time Puru Nacka Lu Lu Lu Badara Akon Thiam pernah memberitahu tentang perancangan beliau untuk mambina sebuah bandar yang futuristic, selepas President Macky Sall berikan tanah seluas 2,000 ekar berhampiran lapangan terbang baru di negara Senegal.

Impian Akon untuk memiliki sebuah bandar pintar tersebut menjadi kenyataan selepas penyanyi dan rapper tersebut memuat naik sekeping gambar memegang sebuah agreement yang menandakan urusan Akon bersama syarikat pelancongan milik negara Senegal. Akon City merupakan impian terbesar buat Akon untuk menjadikan bandar tersebut sebuah bandar tarikkan pelancong.

 

View this post on Instagram

 

Just finalized the agreement for AKON CITY in Senegal. Looking forward to hosting you there in the future

A post shared by AKON (@akon) on

Akon menjelaskan perancangannya untuk Akon City dalam sebuah interview dengan Nick Cannon pada akhir 2019, dimana pembinaan untuk bandar tersebut sudah pun bermula dan pembinaan yang mengambil tempoh jangka masa panjang kurang lebih kira-kira 10 tahun. Fasa kedua pembinaan bandar tersebut juga akan berlangsung pada tahun 2025. Pada tahun 2018, Akon turut melancarkan sebuah mata wang kripto; “Akoin”, dimana Akon berharap agar mata wang Akoin tersebut dapat membantu dalam pembangunan ekonomi di negara Africa.

Dalam interview tersebut, Akon juga turut bash orang yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak mengunakan kekayaan tersebut untuk membantu orang lain. “Sekiranya anda mempunyai satu bilion dolar di dalam bank, sementara anda mempunyai semua orang yang menderita dan berjuang, ia sangat gila kepada saya, seperti pembaziran satu bilion dolar,” kata Akon.

Sejak terkenal dengan kariernya sebagai seorang penyanyi dan rapper yang berjaya. Akon juga turut dikenali sebagai seorang global philanthropy kerana usaha beliau untuk mengetuai sebuah projek bantuan khas yang memberikan tenaga elektrik kepada rakyat di negara Africa, projek yang dikenali sebagai Akon Lighting Africa yang bermula sejak tahun 2014.

KATALAKI: Ini baru betul, bukannya buat rumah besar-besar pastu tayang kat Instagram dan Youtube. Eh…

Last modified: 19 January 2020