Aksesori PUBG Paling Berbaloi Guna

Game, Sembang, Tech

Main PUBG guna smartphone je semata-mata rasanya dah ramai yang biasa guna. Korang pernah try guna aksesori tambahan untuk main PUBG? Lain feel dia bro. Kena try.

Sebelum kita tengok aksesori apa yang paling ngam untuk main PUBG, kelajuan dan kestabilan internet pun main peranan gak untuk perform dalam PUBG ni. Kalau korang punya internet padu, confirm korang main PUBG pun lebih padu. So, bawah ni ada 5 aksesori berguna yang korang boleh pakai untuk main PUBG. Sila lah scroll ke bawah.

Headphones / Earphones

Kita mulakan dulu dengan aksesori yang paling senang untuk korang cari dan guna. Headphones atau earphones sangat berguna untuk korang tahu dari mana arah tembakan musuh dan boleh gak dengar dari mana bunyi tapak kaki musuh. Selain tu gak, bila main PUBG guna headphones atau earphones, baru la ada feel perang tu broo.

Bluetooth Joystick

Kalau korang rasa korang lebih power kalau main game tembak-tembak kat PS4 atau Xbox tapi main kat smartphone asyik kena ayam je, korang boleh try guna bluetooth joystick untuk main PUBG.

Mobile Phone Triggers

Kalau korang lebih selesa untuk pegang smartphone korang sambil main PUBG, boleh gak korang try mobile phone triggers. Kalau guna aksesori ni, takde la korang selalu misfire bila dah nampak musuh depan mata.

Cooling Pad

Setiap kali korang main PUBG, confirm smartphone korang tiba-tiba semakin panas, betul? Sebab tu la wujudnya cooling pad kat dunia ni. Korang boleh la guna aksesori ni dan main PUBG dengan selesa.

Sekarang ni ada gak yang jual 3 in 1, ada cooling pad, ada joystick dan siap ada triggers.

Keyboard + Mouse

Yang memang dah otai Counter-Strike tapi masih terhegeh-hegeh kalau main PUBG, boleh gak korang try guna keyboard dan mouse untuk smartphone korang.

Lagi sedap sebenarnya main PUBG guna keyboard dan mouse. Nak elak-elak bila kena tembak senang, nak aim pun senang. Tangan pun tak cepat kebas.

KATALAKI: Aksesori dah lengkap tapi tak leh dapat chicken dinner gak, korang main Candy Crush je lah.

Last modified: 15 March 2019