Aksi² Stunt Gila Yang Benar Berlaku Dalam Filem

Sembang, ZAP

Kalau filem-filem yang mengetengahkan genre aksi ni, mesti aksi-aksi stunt gila antara scene yang dinantikan oleh penonton. Lagi best kalau stunt yang dilakonkan tu mampu buat tangan penonton berpeluh sambil genggam erat orang sebelah. Tapi kebanyakkan stunt yang kita tengok tu semua adalah lakonan semata-mata. Maksudnya pelakon stunt terbabit melakonkannya dalam set pengambaran yang selamat untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Tapi ada juga stunt yang dilakonkan dengan sebenar-benarnya di lokasi yang betul. Maksudnya stunt tu bukan tipu helah kamera, ataupun computer-generated imagery (CGI). Jadi untuk tema filem kali ini, Thelaki akan bawa korang imbas kembali babak-babak stunt dalam filem yang dilakonkan dengan real.

JACKIE CHAN  MENGGELONGSOR BANGUNAN TINGGI

Rasanya memang tak sah senarai ni kalau tak ada nama Jackie Chan dan filem lakonannya. Jackie Chan sememangnya seorang pelakon yang terkenal dengan lagak ngeri yang dilakukannya sendiri, dan selalu juga cedera hasil daripada lagak ngeri yang dilakonkannya. Dalam filem ‘Who Am I?’ penerbit filem tersebut mengatakan lagak ngeri yang dilakukan oleh Jackie Chan antara yang tergila pernah difilemkan dalam sejarah. Apa yang gila, lagak ngeri yang dilakukannya itu dikatakan tidak menggunakan sebarang alat keselamatan. No wires, no nets. Yang ada cuma Jackie Chan dan bangunan berketinggian 21 tingkat. Tapi rasanya ada je wayar tu sebagai langkah keselamatan.

KEANU REEVES LOMPAT DARI KERETA BERGERAK

Keanu Reeves pun boleh tahan hebat juga sebab banyak aksi-aksi lagak ngeri yang dilakonkannya sendiri. Dia juga antara pelakon yang dikenali suka melakonkan lagak ngeri sendiri. Dalam filem ‘Speed,’ dapat dilihat satu babak dimana Keanu Reeves melompat ke dalam sebuah bas sambil menaiki kereta yang sedang bergerak. Keanu Reeves juga dapat dilihat hampir tergelincir dari bas tersebut. Dikatakan dia berlatih sendirian dan juga secara diam-diam untuk babak tersebut, dan meminta pengarah membenarkannya untuk melakonkan aksi itu sendiri. 

HAMPIR DIHEMPAP PROP RUMAH YANG BERAT

Dalam filem yang memaparkan lagak ngeri, selalunya filem tu mesti merupakan filem aksi. Tapi lain pula dengan filem ni sebab ia merupakan sebuah filem genre lawak. Filem klasik yang berjudul ‘Steamboat Bill, Jr’ memaparkan aksi dimana pelakonnya bersedia berdiri di satu tempat dan menunggu dinding rumah dibelakangnya jatuh hempas melaluinya yang berada di bahagian tingkap. Dikatakan prop rumah tersebut sangat berat dan kalau betul-betul terhempap memang boleh bawa maut. Lagak ngeri itu dilakonkan sendiri oleh pelakon utama filem itu, Buster Keaton. 

AKSI GILA TOM CRUISE MENAIKI KAPAL TERBANG

Tak cukup dengan lagak ngeri memanjat menara Burj Khalifa dalam filem ‘Mission: Impossible – Ghost Protocol,’ Tom Cruise sekali lagi melakukan lagak ngeri yang gila dengan berpaut pada pintu kapal terbang yang sedang berlepas dalam sekuel Mission: Impossible seterusnya iaitu ‘Rogue Nation.’ Tapi rasanya alat keselamatan masih dipasang pada Tom Cruise, cuma berpaut pada kapal terbang tu memang yang real punya lah. 

TRAK TERBALIK DALAM ‘THE DARK KNIGHT’

Antara filem terbaik dalam trilogi Batman adalah ‘The Dark Knight.’ Dalam filem tersebut terdapat satu babak trak besar yang diterbalikkan. Babak tersebut tidak menggunakan kesan khas, tetapi dilakukan dengan betul. Mungkin korang rasa macam tak ada apa-apa je babak tu dan ingat trak tu dikawal dari jauh, tapi sebenarnya semasa pengambaran babak tu, stuntman Jim Wilkey berada di dalam trak tersebut sepanjang masa. Yes trak tersebut dipandu sehingga lah ia terbalik. Dikatakan juga babak itu dirakamkan di lokasi sebenar sekitar bandar Chicago. Tak main lah set filem buatan manusia. 

PIJAK KEPALA BUAYA UNTUK LINTAS SUNGAI

Kalau dalam kisah hikayat sang kancil, kita ada kisah di mana sang kancil itu menggunakan kepala buaya untuk melintasi sungai. Dalam salah satu filem James Bond pun sebenarnya aksi ini ada dilakonkan secara real. Satu babak dalam filem James Bond yang berjudul ‘Live and Let Die’ memaparkan babak stuntman melakukan lompatan di atas kepala buaya. Nasib baik tak kena makan dengan buaya tu!

LOMPAT DARI TINGKAP BANGUNAN

Dalam filem ‘The Bourne Ultimatum,’ babak lagak ngeri yang dipaparkan pun boleh tahan. Babak stuntman melompat dari tingkap satu bangunan ke tingkap bangunan yang lain memang dilakukan dengan betul tanpa menggunakan sebarang wayar. Babak tersebut dikatakan mengambil masa selama enam hari dan 13 jam untuk diselesaikan. Selain itu, aksi pertarungan untuk keseluruhan filem tersebut dikatakan dilakonkan sendiri oleh Matt Damon.

SEMUA DALAM FILEM ‘THE RAID: REDEMPTION’ MEMANG REAL

Basically aksi pertarungan yang korang tengok dalam filem ‘The Raid: Redemption‘ tu bukan lah lakonan semata-mata. Pengarah filem tersebut mengatakan aksi pertarungan antara Iko Uwais dan lawannya adalah aksi pertarungan sebenar, like there are really fighthing. Sehingga dikatakan Uwais mengalami kecederaan pada lututnya sebanyak dua kali. Selain itu, seorang pelakon lagak ngeri dikatakan retak tulang rusuk selepas ditikam menggunakan pisau tipu (prop knife) dengan begitu kuat. Seorang lagi pelakon lagak ngeri dikatakan terjun daripada balkoni sehingga mukanya terhentak ke dinding dan terhempas ke kepingan konkrit di tingkat bawah. Semuanya demi kualiti filem aksi yang mantap.

KATALAKI: Sebenarnya bukan mudah ye bergelar seorang pelakon lagak ngeri. Tapi memang bahaya betul aksi stunt gila yang real ni. 

Last modified: 10 August 2020