Aku, Altimet – The Docuseries: Sisi Peribadi Altimet

Sembang

Altimet atau lebih dikenali sebagai Ahmad oleh kawan-kawan rapatnya, merupakan seorang rapper yang dulu pernah terlibat dengan sebuah kumpulan Hip Hop, Teh Tarik Crew bersama Mizz Nina, DJ Fuzz dan Fiquetional sebelum mula bergerak secara solo sehingga kini. Karya Altimet yang berjaya melekat dalam jiwa dan telinga rakyat Malaysia memang tak boleh nak kira guna jari. Rap untuk rakyat. Tu lah prinsip yang dipegang oleh Altimet bila mencurahkan setiap perkataan untuk menghasilkan lirik setiap lagu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Altimet (@altimet) on

Pada tahun 2014, lagu Kalau Aku Kaya yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael berjaya dapat tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 28. Kali terakhir beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu, Altimet berjaya menang anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi di Anugerah Juara Lagu 32 pada tahun 2018.

Sebenarnya ramai lagi yang masih lagi tak faham dan mempersoalkan kenapa Altimet buat keputusan untuk tidak lagi beraksi di atas pentas untuk buat persembahan selepas konsert terakhir, The Last Altimet Show pada 16 Februari 2019 hari tu. Tapi kalau korang nak cari jawapannya, ada kat dalam siri dokumentari mengenai Altimet yang ditayangkan kat YouTube channel Altimet sendiri.

 

View this post on Instagram

 

Bawah kain kita lain, dah sampai masa aku selak tabir. Behind the scenes, #AkuAltimet. 18 Nov. Subscribe dulu ok 👉🏽 youtube.com/AltimetOnline

A post shared by Altimet (@altimet) on

Aku, Altimet – The Docuseries dah mula ditayangkan sejak 17 November 2019 menceritakan mengenai sisi peribadi Altimet yang kita tak pernah nampak sebelum ni. Orang yang dah lama berada di belakang Altimet sebelum ni mungkin dah tahu siapa Altimet sebenarnya. Tapi untuk kita yang hanya berpeluang untuk tengok Altimet bila beraksi di atas pentas, belum tentu kenal lagi siapa manusia sebenar di sebalik nama Altimet. Tapi, menerusi dokumentari bersiri ni, kita boleh nampak satu per satu personaliti Altimet yang kita tak pernah nampak sebelum ni. Salah satunya, Altimet penuh dengan sifat positivity.

Setakat artikel ni ditulis, Aku, Altimet – The Docuseries dah ada 4 episod. Kami sendiri tak pasti ada berapa episod keseluruhannya. Selain daripada Altimet sendiri yang menceritakan mengenai dirinya sendiri, ada gak selebriti lain yang ditampilkan untuk menceritakan pengalaman dorang sepanjang mengenali Altimet antaranya Teh Tarik Crew, Joe Flizzow, Aman Ra, Noh Salleh dan ramai lagi lah.

Altimet mempunyai Dyslexia dan kontroversi lagu Mambang, semuanya ada diceritakan dan diterangkan oleh Altimet sendiri dalam Aku, Altimet – The Docuseries. Kalau korang memang suka layan Korek Fizikal atau Begitu Begini DJ Nazz, memang patut lah untuk korang layan satu lagi content terbaik hasil air tangan rakyat Malaysia yang pernah wujud tahun 2019 ni iaitu Aku, Altimet – The Docuseries.

KATALAKI: Semoga lebih banyak content macam ni lahir pada masa akan datang. Dah bosan asyik tengok video muzik dan highlights bola je kat YouTube.

Last modified: 12 December 2019