Alat Senaman Ini Asalnya Alat Seksaan Di Penjara?

Sembang

Disebabkan kita dah nak masuk tahun baru, mesti ramai yang pasang niat nak pergi ke gym untuk bersenamkan? Walaupun semua orang tahu yang korang cuma akan pergi gym pada minggu pertama awal tahun saja lepas itu terus tak nampak muka dekat gym dah hahaha!

Bercakap tentang bersenam dekat gym, korang pernah terfikir tak macam mana dorang boleh dapat idea untuk bina alat-alat senaman dekat gym? Contohnya macam treadmill. Untuk pengetahuan korang, treadmill ini dah wujud sejak dari tahun 1818 dan ia sebenarnya dicipta untuk menyeksa banduan di penjara?

Seperti yang aku cakap tadi, alat ini telah dicipta pada tahun 1818 oleh Sir William Cubitt, seorang jurutera berbangsa British. Pada mulanya, alat ini telah diberi nama Thread-Wheel dan digunakan untuk menghukum banduan-banduan yang keras kepala dan selalu mendatangkan masalah.

Banduan yang degil akan disuruh untuk menaiki alat ini yang dibina seperti escalator zaman sekarang dan berjalan diatas alat ini selama berjam-jam. Sambil banduan berjalan diatas anak tangga yang sentiasa bergerak, alat ini akan disambungkan pada pengepam air dan juga alat untuk menghancurkan gandum. Jadi sambil dorang dihukum, dorang akan membuat kerja dalam masa yang sama!

Disebabkan mereka menaiki tangga sambil membuat kerja-kerja ini, alat ini telah ditukar nama ke Treadmill. Ia merupakan pecahan daripada ayat Tread yang diberikan pada permukaan anak tangga dan Mill bagi perbuatan mereka menghancurkan gandum-gandum ini tadi.

Banduan-banduan yang degil ini tadi akan disuruh berjalan diatas treadmill ini selama 8 jam sehari ataupun lebih kurang 2200 meter sehari. Itupun kalau dorang mendapat warden yang baik hati. Kalau dorang mendapat warden yang kejam, dorang akan disuruh berjalan dengan lebih lama tanpa alat itu disambungkan pada pengepam air ataupun menghancurkan gandum.

Hukuman ini boleh dikategorikan sebagai satu hukuman yang agak kejam juga kerana banduan-banduan ini tadi akan bergerak serentak dan andaikata ada banduan yang berhenti berjalan, mereka akan jatuh dari treadmill ini dan akan tercedera. Mereka juga dikerahkan untuk berjalan diatas alat ini selama 5 hari seminggu tanpa sebarang makanan yang mencukupi dan ini telah menyebabkan banyak banduan yang jatuh sakit.

Idea ini kemudiannya mula diambil dan digunakan diseluruh penjara di British dan juga di Amerika Syarikat. Dikatakan dalam masa 10 tahun alat ini dicipta, lebih kurang 50 juta banduan British dan Amerika Syarikat telah dikerahkan untuk menggunakan alat ini. Alat ini kemudiannya telah diharamkan untuk digunakan di penjara-penjara British pada awal tahun 1900 dibawah undang-undang akta penjara 1898.

Pada 1911, rekaan treadmill ini telah dipatenkan di Amerika Syarikat dan pada tahun 1952, treadmill untuk senaman pertama telah diperkenalkan kepada orang umum. Pada tahun 1970, Amerika Syarikat dilanda satu budaya senaman yang boleh dikatakan agak extreme. Banyak rancangan-rancangan senaman yang ditunjukkan di TV.

Ketika inilah treadmill ini mula menjadi popular semula. Ia dianggap sebagai satu alat senaman yang mudah dan senang digunakan. Orang ramai mula membelinya dan meletakkannya dirumah. Ini membuatkan mereka tidak perlu lagi bersusah payah dan berebut untuk menggunakan treadmill di gym yang mana ketika itu penuh dengan orang ramai.

Sehingga hari ini, mesin treadmill ini terus menjadi salah satu alat senaman yang digunakan oleh orang seluruh dunia. Korang bayangkan dulu alat ini digunakan untuk menyeksa banduan tapi pada hari ini ia menjadi salah satu alat untuk membantu orang ramai mendapat tubuh badan yang sihat!

KATALAKI: Apa lagi alat senaman yang dulunya alat seksaan eh?

Last modified: 30 December 2019