Alfred Pernah Jadi Supervillain?

Sembang

Siapa saja yang tak kenal Alfred Pennyworth, butler kesayangan peminat superhero Batman. Watak Alfred telah banyak dilakonkan didalam filem, animation, tv series dan juga didalam permainan video Batman.

Tapi tahukah korang yang Alfred ini bukan sekadar butler biasa saja. Banyak benda yang bukan setakat korang, aku pun baru saja tahu tentang sejarah watak Alfred Pennyworth ini. So hari ini aku nak share dengan korang beberapa info yang tak semua orang tahu tentang butler kesayangan semua orang ini.

THE OUTSIDER

Walaupun Alfred salah seorang ahli Bat Family yang tidak mempunyai alterego, tahukah korang yang Alfred pernah ada superpower dan dia gunakan superpower dia bukan untuk menegakan keadilan macam superhero lain tapi sebagai supervillain?!

Alfred pernah terbunuh dalam salah satu Batman punya storyline sebab kena hempap dengan batu semasa mengorbankan diri dia sendiri untuk menyelamatkan Batman dan Robin. Namun Alfred telah dihidupkan kembali menggunakan Regeneration Machine yang dicipta oleh Dr Brandon Crawford.

Selepas dihidupkan kembali, Alfred telah mendapat superpower dan membuatkan badan dia berubah menjadi warna kelabu dengan rocklike skin. Dia telah menggunakan nama The Outsider dan mempunyai power telekinetic.

ALFRED = BATMAN

Jarang Bruce Wayne nak bagi orang lain sentuh suit Batman dia apatahlagi nak pakai suit kelawar dia ini. Namun Bruce Wayne telah memberikan kebenaran untuk Alfred untuk memakai suit ini dan menyamar sebagai Batman!

Alfred telah menyamar sebagai Batman sebanyak dua kali. Pertama sekali didalam live action tv series Batman yang ditayangkan pada tahun 1960 dan kali kedua adalah pada siri animasi Batman: The Brave and The Bold yang mana Alfred menyamar menjadi Batman untuk distract Lex Luthor.

ALFRED BANTAI SUPERMAN!

Dalam DC, tak ramai yang dapat bantai Superman. Jangan kata nak bantai nak sentuh dia pun tak dapat tapi Alfred pernah bantai Superman sampai lunyailah dia buat Superman. Inilah yang terjadi didalam komik Injustice: Gods Among US.

Didalam komik ini, Superman telah korup dan ingin menggunakan superpower dia untuk menakluki bumi. Pada mulanya Batman dan Superman telah berlawan namun disebabkan Superman terlalu kuat, Tulang belakang Batman telah patah dan membuatkan dia tidak boleh bergerak. Demi menyelamatkan Batman, Alfred telah mengambil pil nanotech yang memberikan dia super-strength dan dia mengambil keputusan untuk hentak Superman sampai lunyai dan menyelamatkan Batman!

Amacam, Rare juga story pasal Alfred Pennyworth ini kan? Lagi satu korang tahu tak lama lagi akan ada siri tv untuk menceritakan tentang origin Alfred Pennyworth! Siri tv ini dikatakan akan menemui peminat pada June 2019. Watak Alfred Pennyworth akan dilakonkan oleh Jack Bannon. Siri tv ini mengisahkan tentang Alfred masa muda dan baru sahaja berkerja dengan ayah Bruce Wayne iaitu Thomas Wayne.

KATALAKI: Ganas Alfred ni. Nampak je tua tapi ilmu penuh didada hahaha!

Last modified: 21 February 2019