Alien: Blackout Dibenci Peminat?

Game, Tech

Pada tahun lepas mesti korang ingat yang permainan video mobile, Diablo Immortal telah mendapat dislike yang teruk pada pada video pengumuman yang telah di upload di Youtube pada Nov tahun lepas.

Video yang cuma mempunyai 27 ribu LIKE dan 723 ribu DISLIKE ini turut mendapat kecaman yang hebat daripada peminat siri permainan video Diablo. Mostly peminat tidak bersetuju mereka mengeluarkan permainan video mobile dan tidak mengeluarkan permainan video Diablo yang baru pada PC.

Baru-baru ini siri permainan video Alien jugak mendapat nasib yang sama apabila FoxNext Games, D3 Go! dan Rival Games telah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan permainan video terbaru tetapi dalam bentuk mobile games.

Permainan video mobile yang diberi nama Alien: Blackout turut mendapat kritikan yang banyak pada video trailer mereka di Youtube yang rata-rata peminat siri ini meminta mereka batalkan permainan video mobile ini dan hanya focus pada console dan juga pc sahaja.

Dalam trailer ini, Korang akan bermain sebagai Amanda Ripley, anak perempuan kepada Ellen Ripley. Sebelum ini Amanda Ripley telah muncul permainan video Alien: Isolation yang telah dikeluarkan pada tahun 2014.

Berbeza dengan Alien: Blackout, Alien: Isolation mendapat pujian yang maha tinggi daripada peminat siri permainan video Alien dan jugak peminat-peminat movie Alien. Pada tahun 2014, Alien: Isolation boleh dikatakan game paling seram untuk tahun tersebut.

Pada trailer Alien: Blackout, nampaknya permainan video mobile ini mempunyai ciri permainan seperti Five Nights at Freddy’s kerana dalam permainan video mobile ini korang kena survived daripada diburu Alien.

Korang akan diberikan peta, kamera dan tracker bagi melihat pergerakan Alien dan mengetahui dimana kedudukan Alien tersebut. Cara ini dilihat sama seperti permainan video FNaF dan ini turut menjadi satu sebab mengapa peminat siri permainan video Alien tidak menyukai Alien: Blackout.

Bagi korang yang nak mencuba Alien: Blackout ini, korang kena tunggu sampai 24 January ini untuk download. Untuk IOS ianya akan dijual pada harga RM19.90 dan untuk Android buat masa ini tiada harga lagi tapi korang dah boleh preregister di Playstore. 

KATALAKI: Kenapalah tak focus dekat console and pc je. Ramai gila peminat tunggu game terbaru Alien dekat platform ni kot!

Last modified: 18 January 2019