Alita: Battle Angel – 5 Benda Yang Korang Perlu Tahu!

Sembang

Alita: Battle Angel merupakan sebuah movie yang diarah yang dihasilkan oleh James Cameron yang sememangnya terkenal dengan moviemovie sci-fi seperti Avatar dan The Terminator. Movie ini diadaptasi daripada manga Gunm yang dihasilkan oleh Yukito Kishiro.

Movie ini mengisahkan tentang Alita, sebuah cyborg yang telah hancur disebabkan peperangan. Dia kemudiannya telah dijumpai oleh Dr. Ido dan dia telah diberikan tubuh badan yang baru. Alita tak ingat apa yang telah terjadi kepada diri dia sebelum ini namun semakin lama, Dr.Ido mendapati yang Alita bukanlah sekadar Cyborg biasa.

via GIPHY

Alita dilakon oleh Rosa Salazar yang sebelum ini turut membintangi filem Maze Runner sebagai Brenda. Manakala watak Dr.Ido pula dilakon oleh Christoph Waltz yang sebelum ini tekenal dengan watak Dr.King Schultz dalam movie Django Unchained dan Hans Landa dalam movie Inglourious Basterds.

Alita: Battle Angel akan mula ditayangkan mulai hari ini disemua pawagam seluruh Malaysia so sebelum korang pergi tengok movie ini dekat pawagam, Aku nak share beberapa fakta menarik tentang movie ini!

TAJUK BERBEZA

via GIPHY

Nama asal Manga ini bukanlah Alita: Battle Angel tetapi Battle Angel: Alita! Mengikut coproducer Jon Landau, dia adalah orang yang bertanggungjawab memaksa James Cameron untuk mengubah tajuk movie ini.

Kenapa Jon buat macam itu adalah disebabkan dia nak movie ini mengikut tajuk-tajuk movie yang pernah dikeluarkan oleh James Cameron. James Cameron terkenal dengan pemilihan tajuk movie yang bermula dengan huruf A dan juga huruf T dan disebabkan itulah movie ini diubah kepada Alita: Battle Angel.

19 TAHUN DALAM PRODUCTION!

via GIPHY

Movie ini telah dikatakan telah bermula sejak 19 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2000. Sebuah domain name telah didaftarkan dibawah nama James Cameron dengan nama battleangelalita.com

Pada 2003, James telah mengesahkan dia sedang membuat satu filem adaptasi yang mana akan dikeluarkan selepas filem dokumentari yang bertajuk Alien of the Deep. Namun movie ini terpaksa hold dahulu disebabkan James nak fokus dekat movie Avatar.

GALLY VS ALITA

via GIPHY

Bagi yang tertanya-tanya siapa dia Gally, Gally merupakan nama sebenar Alita didalam Manga Battle Angel: Alita. So kenapa dorang ubah nama dia daripada Gally kepada Alita?

Menurut Fred Burke, orang yang bertanggungjawab untuk translate komik Manga ini daripada bahasa jepun kepada bahasa english, dia ingin watak Alita ini lebih senang diterima oleh umum berbanding dengan peminat hardcore Manga dan Anime. Dia memilih nama Alita kerana ia bermaksud Noble.

WATAK ALITA

via GIPHY

Sebelum Rosa Salazar dipilih untuk melakonkan watak Alita, beberapa pelakon terkenal lain turut dipanggil untuk casting watak ini. Namun hanya Rosa Salazar seorang sahaja yang mampu menjiwai watak Alita

Antara pelakon yang turut casting untuk watak Alita adalah Zendaya yang mana sebelum ini terkenal dalam filem SpiderMan Homecoming, Bella Thorne yang juga merupakan costar dengan Zendaya dalam tv siri Disney Shake It Up dan juga pelakon Maika Monroe yang mula dikenali dalam filem seram It Follows.

MATA BULAT!

via GIPHY

Semasa trailer pertama movie ini dikeluarkan, ramai peminat-peminat siri Manga ini dan termasuklah aku yang tak berapa berpuas hati dengan mata Alita yang diberikan CGI enhancement.

Mata Alita sengaja dibuat macam itu sebab nak memberikan watak dia less human feel dan dalam masa yang sama memberikan feel seperti watak yang selalu ditunjukan dalam Anime. James mahukan watak Alita dibuat macam itu but seriously bagi aku nampak macam agak creepy jugalah!

So itulah dia 5 fakta menarik tentang filem terbaru oleh James Cameron, Alita Battle Angel ini. Buat masa sekarang kita kene tunggulah sama ada filem ini akan dipuji ataupun akan dikeji oleh peminat!

KATALAKI: James Cameron cakap nak buat Avatar 2. Entah bila movie tu nak keluar.

Last modified: 18 February 2019