All-In-One PC Untuk Bro Seni!

Gadget, Tech

Sekarang zaman dah moden, instead of orang melukis guna pensil dan kertas orang sekarang dah start melukis guna drawing tab. Tapi guna drawing tab nak kena sambung dekat PC pulak and nak kena keluar duit beli drawing tab lagi.

But cuba korang bayangkan korang ada sebijik PC yang memang khas direka untuk korang yang creative ni melukis or gunakan untuk edit video korang yang awesome tu. Well minggu ini pihak Lenovo telah perkenalkan sebuah All-In-PC yang diberi nama Lenovo Yoga A940!

Lenovo ini mempunyai display panel yang boleh di rotate dan tak lupa display dia adalah 4K display panel bro! Sekali pandang memang PC ni idaman setiap content creator dan artist dekat luar sanalah.

Lenovo Yoga A940 ini dilengkapi dengan Windows 10 dan display panel sebesar 27 inci dan optional 4K IPS touchscreen display dengan Dolby Vision yang mana membuatkan video or lukisan korang lagi nampak menarik warna dia.

Tak dilupakan display Lenovo Yoga A940 ini boleh di rotate sehingga 25 degree, memang selesa gila kalau korang nak melukis bro! Untuk PC ni, kalau korang tak guna mouse masa melukis pun takpa sebab Lenovo Yoga A940 ni dia ada Lenovo Precision Dial.

Lenovo Precision Dial ini merupakan punat yang direka untuk menyenangkan geng-geng designer, photographer dan videographer untuk buat adjustment dekat content. Punat ni korang boleh adjust nak letak belah kiri or kanan, bergantung kepada keselesaan koranglah!

Bagi geng videographer pulak, korang boleh tengok hasil kerja korang dengan lagi cun dekat Dolby Vision 4K wide angle display yang terdapat pada Lenovo Yoga A940 ni. Ianya bukan saja buat hasil kerja korang nampak lagi terang but lebih menyenangkan korang segala detail pada video korang.

 

Untuk bahagian sound pulak, Lenovo Yoga A940 ini dilengkapi dengan Dolby Atmos Speaker system untuk bunyi yang lebih boom dan binaan speaker dia pada bahagian depan menghadap korang so sound dia memang terus direct ke telinga koranglah bro!

Spec untuk Lenovo Yoga A950 ini pun boleh tahan jugak. Yelah dengan semua feature yang awesome macam ni, spec pun kene mantaplah bro. Lenovo Yoga A940 ini dilengkapi dengan 8th Gen Intel Core i7 processor, AMD Radeon RX560, 32GB DDR4 Memory, dan storage sehingga 2TB SATA HDD.

KATALAKI: Boleh dikatakan Lenovo Yoga A940 memang idaman semua digital content creator yang ada dekat luar sanalah!

Last modified: 12 January 2019