Alligator & Jungle Cat Kembali Beraksi Di Tanah Air

Aktif

Selepas penganjuran acara ONE: Masters Of Destiny pada bulan Julai 2019, siri One Championship kembali sekali lagi untuk acara ke-2 tahun ini dengan pertarungan gelangang berjudul ONE: Mark Of Greatness yang bakal mengegarkan ibu negara pada 6 Disember 2019.

Acara ONE: Mark Of Greatness yang bakal berlangsung bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil akan menemukan 3 atlet Mix Martial Arts (MMA) negara; Jihin Radzuan, Agilan Thani dan Muhammad Aiman.

Image via: Thelaki.com.my

Untuk acara utama ONE: Mark Of Greatness, itu juga akan menyaksikan dua pertandingan kejuaraan di mana ia akan menemukan atlet MMA dari Rusia Alaverdi Ramazanov dan Zhang Chenglong dari China yang akan bertarung untuk Kejuaraan Dunia One Bantamweight Kickboxing World Championship serta pembukaan gelangang ‘co-main event’ yang bakal menyaksikan bertarungan antara Sam-A Gaiyanghadao dari Thailand dan Wang Junguang dari China untuk gelaran kejuaraan Dunia ONE Strawweight Kickboxing World Championship.

Dengan kehangatan ONE: Mark Of Greatness yang bakal berlangsung, Thelaki bersempatan untuk lepak bersama 2 atlet MMA negara; Agilan “Alligator” Thani dan Muhammad “Jungle Cat” Aiman yang bakal mengegarkan gelangang ONE: Mark Of Greatness.

MUHAMMAD “JUNGLE CAT” AIMAN

Image via: Thelaki.com.my

Untuk bantamweight showdown, atlet yang berasal Negeri Sembilan; Muhammad Aiman bakal bertarung dengan ONE Jakarta Bantamweight Tournament Champion Chen Rui dari China. Menurut Aiman perasaan untuk bertemu dengan Chen Rui nanti adalah amat menerujakan kerana Chen Rui dikenali dengan kekuatannya sebagai striker. “Saya dah 2 tahun tak lawan di Malaysia jadi saya rasa excited sikit lagi-lagi dapat bertarung dengan opponent striker, memang nak betul-betul perform kali ini” kata Aiman yang kini menetap ni Bali, Indonesia. Menurut atlet MMA yang bergelar “Jungle Cat” itu, aksi perlawanan terakhirnya tidak memuaskan.

Antara yang istimewa untuk perlawanan di hometown kali ini menurut Aiman adalah apabila dapat beraksi di negara sendiri dengan menyaksikan aura daripada peminat dan penyokong One Championship selain itu kawan-kawan serta keluarga juga turut dapat menyaksikan perlawanan Aiman kali ni, “Saya memang suka crowd di Malaysia” kata Aiman. “Bagi saya, saya duduk di Bali. Jadi kalau boleh, saya nak build fanbase saya di Malaysia juga” menurut Aiman lagi, beliau mahu menempa nama yang lebih besar lagi untuk perlawanan di Malaysia kali ini.

Menurut Aiman, ini bukan kali pertama beliau berhadapan dengan opponent striker dan beliau pernah berjaya menumbangkan opponent sebegini. Antara perkara yang menyeronokkan apabila bertemu dengan opponent striker ini adalah ianya lebih taktikal; “Saya suka bila berlawan dengan opponent striker ini sebab diorang ni macam puzzle, tak pasti dia nak buat apa jadi ianya akan membuatkan fight jadi lebih fun”.

AGILAN “ALLIGATOR” THANI

Image via: Thelaki.com.my

Salah seorang lagi atlet MMA negara iaitu Agilan “Alligator” Thani yang merupakan bekas pencabar gelaran ONE World Title juga akan berdepan dengan atlet yang juga merupakan bekas pencabar World title; Mohammad “O Lutador” Karaki dari Lebanon dalam pertandingan welterweight. Sejak kemunculan beliau di dalam arena MMA, Agilan yang berusia 24 tahun ini antara salah seorang atlet seni bela diri negara yang terbaik pernah dihasilkan di Malaysia.

Untuk Agilan apabila disatukan dalam gelangang bersama Karaki antara pencabar gelangang yang paling sengit kerana Karaki merupakan two-division Desert Force Champion dan telah menaiki podium dalam beberapa kejohanan di Timur Tengah. “I’m not even close to where he is, but i’m looking forward to do my best against him” kata Agilan.

“Saya pernah bertarung dengan beberapa atlet dari Mesir. Tapi Karaki mempunyai level pertarungan yang berbeza dengan atlet Mesir  yang lain. Perlawanan bersama Karaki bukan perlawanan yang mudah untuk sesiapa saja.” menurut atlet yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur.

Menurut Agilan lagi, kembali bertarung di Malaysia adalah sesuatu yang sangat mengembirakan yang memang dinantikan. “Di Malaysia, semuanya mudah. Tak perlu apply Visa, dekat dengan rumah dan keluarga saya. Semuanya mudah. Semua orang yang saya kenal juga boleh datang tengok perlawanan saya. ” ujar Agilan.

“Setiap perlawanan saya di Malaysia adalah antara yang terbaik. Walaupun ianya datang dengan tekanan, saya masih lagi belajar untuk kawal tekanan. Sesuatu yang kita tidak boleh buat ketika dalam perlawanan adalah untuk kawal hasil perlawanan tersebut. Jadi saya hanya mahu masuk dalam gelangang dan lakukan yang terbaik. Saya tahu kekuatan saya dan saya akan lakukan yang terbaik yang saya mampu.” ujar Agilan yang mempunyai teknik latihan dalam Muay Thai, Brazilian Jiu Jitsu, Boxing.

Apa-apa yang terjadi dalam gelangang ONE: Mark Of Greatness, sama-sama kita berikan sokongan yang terbaik buat Agilan “Alligator” Thani dan Muhammad “Jungle Cat” Aiman yang bakal beraksi pada 6 Disember 2019.

KATALAKI: All the best buat Alligator dan Jungle Cat. Godspeed!

Last modified: 28 November 2019