Amazon Perkenalkan Wireless Earphone Sendiri!

Gadget, Tech

Amazon Alexa merupakan salah satu product yang sangat terkenal daripada Amazon dan baru-baru ini mereka telah memperkenalkan Amazon True Wireless Echo Buds mereka sendiri. Earbuds ini dikatakan boleh digunakan bersama-sama dengan product Amazon lain seperti Amazon Echo Dot dan Amazon Echo.

Korang juga boleh memanggil Alexa menggunakan earbuds ini untuk mengawal lagu, podcast, audiobook, memeriksa cuaca dan juga mendengar berita tanpa perlu bergerak. Earbuds dikatakan merupakan satu kerjasama antara Amazon dan juga Bose jadi korang tak perlu nak risau tentang audio kualiti.

Rekaan yang ditunjukkan pada Amazon Echo Buds ini tidak terlalu semak dan nampak sangat simple namun agak sedikit besar kalau nak dibandingkan dengan earbuds keluaran jenama lain seperti Xiaomi Mi Airdots. Tiada butang fizikal pada Amazon Echo Buds kerana ianya menggunakan seratus peratus voice control. Jadi kalau korang nak tinggikan sound dia korang kena arahkan Alexa untuk tinggikan.

Selain earbuds dia yang agak besar, charging case yang diberikan juga nampak lebih besar berbanding earbuds jenama lain. Satu lagi kekurangan yang terdapat pada Amazon Echo Buds ini adalah ianya menggunakan Mini-USB cable untuk charging.

Seperti yang aku cakap tadi, earbuds ini menggunakan voice control sepenuhnya. Pada setiap earbuds terdapat dua outer microphones dan satu inner microphone yang mana akan mengurangkan bunyi bising disekililing korang dan membolehkan Alexa mendengar arahan korang dengan lebih jelas.

Disebabkan earbuds ini merupakan satu kerjasama daripada Amazon dan Bose, korang tak perlu bimbang tentang audio kualiti kerana korang akan dapat kualiti yang sama seperti mana korang menggunakan product daripada Bose. Bose juga meletakkan Active Noice Reduction pada earbuds ini bagi menghalang bunyi daripada luar memasuki telinga korang.

Korang juga diberikan peluang untuk melaraskan berapa banyak ambient noise yang dibenarkan untuk masuk ke telinga korang dengan menggunakan Alexa app. Dengan double tap pada earbuds ini, ia akan trigger Noise Reduction Mode seperti mana yang kita boleh lihat pada earbuds lain yang mempunyai feature Active Noise Cancellation.

Bagaimana pula dengan harganya? Well apa yang aku boleh katakan adalah harga untuk Amazon Echo Buds ini agak mahal iaitu dijual pada harga USD129.99 ataupun lebih kurang dalam RM500+. Amazon menyatakan earbuds ini akan mula dijual pada 30 Oktober 2019 namun bagi korang yang berminat, korang dah boleh mula start preorder mulai sekarang.

KATALAKI: Aku pakai earbud daripada Xiaomi jelah. Murah sikit hahaha!

Last modified: 2 October 2019