Amerika Diserang ‘Tebuan Pembunuh’

Sembang, ZAP, ZeKool

Dalam kecohan pandemik yang melanda setiap negara yang sedang mencuba sebaik yang mungkin untuk menangani isu tersebut. Amerika Syarikat adalah kini adalah negara yang mempunyai kes wabak Covid-19 yang tertinggi setakat ini dengan jumlah sebanyak 1,243,993 kes yang disahkan manakala sebanyak lebih tujuh puluh ribu kes kematian.

Sejak kes pertama yang melanda negara Uncle Sam itu berlaku pada Januari 2020, Amerika Syarikat mencatatkan angka jangkitan yang tertinggi Covid-19 di seluruh dunia dan pada tahap yang membimbangkan apabila terdapat beberapa isu dimana rakyat di negara tersebut enggan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negara tersebut.

Sementara itu dalam pada masa yang sama, Amerika Syarikat juga buat pertama kalinya dalam sejarah negara barat itu telah mengesan tebuan gergasi Asia atau lebih dikenali sebagai Asian Giant Hornets yang muncul di daerah Washington.

Kemunculan tebuan gergasi yang direkodkan berskala lebih dua inci kira-kira bersaiz 6.35 sentimeter panjang ditemui oleh seorang pemelihara dan penternak lebah yang mendapati terdapat timbunan lebah yang mati dengan kepala dimakan oleh tebuan tersebut.

Tebuan jenis Vespa Mandarina atau nama samaran yang digelar sebagai “Murder Hornets” itu pertama kali ditemui di negeri Blaine, daerah Washington berdekatan sempadan Kanada. Ianya menimbulkan kerisauan kepada industri penternakan lebah dan merupakan ancaman kepada manusia menurut pegawai pertanian negeri.

Menurut Jabatan Pertanian negeri Washington (WSDA) telah mengesahkan terdapat dua laporan tentang serangan serangga yang membawa maut tersebut di bandar Blaine, dan dua lagi laporan penampakan lain yang tidak dapat disahkan. Namun ianya tidak diketahui bagaimana dan bila tebuan yang berasal dari habitat hutan dan pergunungan rendah Asia Timur Tenggara itu tiba di Amerika Syarikat.

Para saintis bimbang bahawa tebuan kuning hitam ini akan membiak dan menyebar ke seluruh negeri Washington dan ke daerah seterusnya, menimbulkan bahaya kepada lebah madu Amerika Syarikat serta membahayakan manusia. Serangga pemangsa ini terkenal menghancurkan koloni lebah madu.

TEMBUS SUIT LEBAH

Menurut The New York Times, walaupun tebuan ini biasanya akan menghindari manusia, namun sengatan “Murder Hornets” ini dilaporkan telah menyebabkan sebanyak 50 anggaran kematian manusia di Jepun dalam setahun. Pada tahun 2013, terdapat sebuah letusan di northwestern China yang menyebabkan 42 orang mati dan mencederakan 1,600 orang apabila sekumpulan Murder Hornets menyerang daerah Shaanxi.

Sengatan tebuan gergasi Asia ini lebih berbisa daripada sengatan lebah. Walaupun sarang lebah adalah sasaran utama Murder Hornets ini, namun ianya juga boleh menyerang manusia. Beberapa sengatan boleh membunuh manusia, bahkan termasuk mereka yang tidak mempunyai sejenis alahan sengatan tebuan.

SENGATAN MAUT BESI PANAS

Sengatan yang tajam hasil daripada “Murder Hornets” ini dikatakan mampu menembus Beekeeper suits dengan jumlah sengatan hampir tujuh kali ganda daripada sengatan lebah madu biasa. Menurut seorang penternak lebah, Conrad Berube yang telah disengat sebanyak tujuh kali ketika cuba menghapus sarang Murder Hornets, beliau mengambarkan sengatan tebuan itu sebagai bisa yang paling sakit pernah beliau alami, ianya seperti besi panas badan yang disuntik kedalam badan. Beliau disengat ketika memakai Beesuit, seluar pendek dan sweatpants tebal.

Walaupun satu sengat Murder Hornets ini tidak akan terus mencabut nyawa seseorang, namun sengatan berkali-kali berpotensi untuk membawa maut. Lagi-lagi apabila tebuan ini dikatakan mampu menyengat berkali-kali tanpa mati. Jadinya tidak mustahil bagaimana Murder Hornets ini boleh mengancam nyawa anggaran 50 rakyat Jepun setiap tahun. Tahap racun toksik Murder Hornets setara dengan racun bisa seekor ular.

LEBAH JEPUN BUNUH MURDER HORNETS

Satu tebuan gergasi Murder Hornets ini boleh memenggal sebanyak 40 lebah madu setiap minit, satu koloni tebuan ini boleh membunuh sehingga 30,000 lebah madu dalam beberapa jam.

Menurut Mike Bakers daripada The New York Times, beberapa lebah madu telah pun menjumpai cara yang terbaik untuk melawan Murder Hornets ini. Antara taktik yang berjaya digunapakai oleh lebah madu adalah dengan mengerumuni Murder Hornets ini dan memerangkapnya secara serentak dengan menyebarkan suhu serendah 115 darjah yang membuatkan tebuan tersebut tidak dapat menahan suhu panas itu. Namun taktik ini hanya mampu dilakukan oleh lebah madu di Jepun

KEMPEN PENCEGAHAN TEBUAN

Untuk mencegah penyebaran Murder Hornets, pihak berkuasa Jabatan Pertanian Negeri Washington telah memulai kempen public awareness untuk mengesan spesies tebuan gargasi Asia ini. Menurut pegawai WSDA; Chris Looney, “”Kami telah memulakan program jangkauan awam” termasuk mendidik masyarakat tentang bagaimana bentuk spesies tebuan gargasi ini serta mendorong orang awam untuk mengunakan aplikasi di smartphone menyampaikan maklumat dan laporan dengan segera sekiranya terjumpa Murder Hornets ini dimana-mana lokasi.

Pakar kaji selidik juga menyarankan masyarakat untuk melaporkan dengan segera sekiranya terjumpa Murder Hornets ini dan tidak cuba untuk membunuhnya dengan sendirian. Serahkan kepada pihak yang lebih pakar untuk menghapuskan Murder Hornets ini.

KATALAKI: Tak kisah la besar mana sekali pun, kalau jumpa tebuan memang lari laju-laju weh…

Last modified: 7 May 2020