Anak Superheroes Jadi Supervillain?

Sembang

Menjadi seorang superheroes dan dalam masa yang sama menjadi seorang ibu bapa yang bertanggungjawab bukanlah satu perkara yang mudah. Kita boleh tengok daripada movie The Incredibles yang mana memaparkan sebuah keluarga yang mempunyai superpower.

Walaupun kita biasa tengok anak-anak kepada superhero ini turut menjadi seorang superhero juga tapi terdapat beberapa anak superhero yang membesar menjadi seorang supervillain. Dan terdapat dalam beberapa siri komik yang korang boleh lihat dorang bergaduh sesama sendiri. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa anak superheroes yang bertukar menjadi supervillain.

LEGION

Disebabkan dia mempunyai beberapa personality disorder, David Haller yang merupakan anak kepada Charles Xavier ataupun Prof X dan menarik sekali merupakan anak superhero yang paling unik. Walaupun David bukanlah seorang supervillain yang betul, tapi dia mempunyai beberapa superpower yang sangat berbahaya.

Walaupun ayah sebenarnya adalah Charles Xavier, David telah membesar tanpa Charles disisinya. Dia cuma tinggal bersama dengan ibu dan ayah tirinya di Paris. Superpower David mula menjelma apabila ayah tirinya telah dibunuh oleh sekumpulan pengganas dan menyebabkan David mengeluarkan kuasa mutant di dalam dirinya. Disebabkan dia mempunyai beberapa superpower yang lain, salah satu superpower-nya telah menyerap minda ketua pengganas tersebut membuatkan diri dia sendiri tidak stabil!

RAZE

Ingat tak dalam artikel sebelum ini aku pernah bagitahu yang Mystique dan Wolverine pernah bersama dan mempunyai anak? Raze Darkholme inilah anak dorang. Rupa dan superpower dia adalah gabungan antara Mystique dan Wolverine yang mana dia mempunyai kulit berwarna biru dan mampu merubah rupa dan juga mampu mengeluarkan kuku yang tajam seperti Wolverine.

Dengan gabungan dua superpower ini, ia membuatkan Raze lebih bahaya dan dia juga telah bertindak menyerang Wolverine dan juga Mystique. Di dalam komik X-Men: No More Human, Raze telah ditugaskan untuk membunuh semua manusia dan menjadikan bumi sebagai syurga untuk Mutant.

DAMIAN WAYNE

Kalau korang nak tahu, Batman pun ada anak ok! Anak dia yang bernama Damian Wayne merupakan anak antara Bruce Wayne dan juga anak supervillain dan juga merupakan assassins terkenal Talia al Ghul. Bruce Wayne tidak tahu dia ada anak kerana Talia telah sembunyikan dan melatih Damian sehinggalah dia berumur 10 tahun.

Selepas itu, Talia telah meninggalkan Damian pada Bruce Wayne demi menganggu dia menjadi seorang Batman. Namun akhirnya Damian telah mengikuti jejak langkah Bruce untuk menjaga Gotham dan menjadi seorang Robin. Tapi cara Damian tidak disukai oleh Bruce kerana Damian nampak lebih kejam dan lebih suka membunuh musuhnya!

DAKEN

Walaupun mempunyai dalam tujuh orang anak dalam Marvel Universe, Daken merupakan anak Wolverine yang paling terkenal dan paling ganas. Semasa siri Secret Invasion, Daken telah diambil oleh Norman Osborn untuk menyamar sebagai Wolverine dalam kumpulan supervillain-nya yang dipanggil Dark Avengers.

Daken sangat terkenal dengan sifat dia suka mengkianati sesiapa saja yang bekerjasama dengannya. Dia pernah berkerjasama dengan ayahnya, Wolverine dalam komik Dark Wolverine isu 86 namun telah mengkianati Wolverine untuk membantu Romulus!

KATALAKI: Biasalah anak dengan bapak bergaduh. Nanti raya dorang salam kosong-kosonglah betul tak? hahaha!

Last modified: 4 June 2019