Anak The Rock Masuk Gelanggang!

Aktif

Dwayne “The Rock” Johnson adalah salah seorang bintang World Wrestling Entertaiment yang tidak asing lagi, bahkan nama beliau bukan saja dikenali sebagai bintang WWE tetapi namanya jugak tidak asing lagi dikalangan peminat-peminat filem Hollywood yakni menjadikan beliau sebagai salah seorang aktor antarabangsa kegemaran ramai. Beliau yang sangat berbakat dan penuh dengan kemahiran dalam seni perlawanan gusti mula mengorak langkah di gelanggang World Wrestling Federation pada tahun 1996 sehingga meninggalkan gelanggang tersebut pada tahun 2004.

Jika berbicara tentang kehidupan peribadi pula, The Rock pernah berkahwin dengan seorang yang bernama Dany Garcia dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Simone Alexandra.

Harini kami nak kongsikan sedikit info tentang anak The Rock yang bukan kaleng-kaleng dalam industri seni hiburan. Ya, hiburan.

Dilahirkan pada tahun 14 Ogos 2001. Simone merupakan satu-satu anak hasil perkahwinan The Rock dan Dany Garcia. Mengikut jejak langkah bapanya, Simone juga tidak terlepaskan diri daripada turut menyertai bidang hiburan apabila beliau mengorak langkah sebagai fashion model yang dikenali ramai. Selain menetapkan karier modelling, Simone juga merupakan duta bagi Golden Globe Awards.

Karier modelling Simone bermula berkembang dari zaman kanak-kanakya. Disebabkan minat dan semangat untuk meneruskan bidang modelling, Simone memulakan kerjaya profersonal sebagai seorang model pada tahun 2016 apabila beliau mengikat kontrak dengan agensi permodelan terkenal IMG.

Daripada kerjaya semagai seorang model yang mencetus nama Simone dalam dunia modelling dan beliau mendapat perhatian ramai bukan sahaja disebabkan Simone merupakan anak kepada bintang WWE dan Hollywood; Dwayne The Rock Johnson, tetapi kerana ketinggian dan bakat yang ada dalam bidang peragaan. Selain mendapat tawaran untuk persembahan peragaan, Simone juga turut memenuhi jemputan dalam acara-acara terbesar di Hollywood, antaranya seperti 43rd People Choice Award.

Kemana tumpahnya kuih kalau tidak ke nasi, begitu juga dengan minat yang mendalam tentang dunia seni persembahan gusti atau wrestling. Ingin mengikut jejak langkah seperti bapanya, nama Simone turut diangkat didalam arena persembahan WWE apabila Simone memulakan latihannya dalam seni sukan wrestling, dengan meletakkan WWE sebagai sasaran yang terbaik.

Selepas berjaya melengkapkan sesi latihan untuk masuk ke gelanggang dunia sukan wrestling. Simone Johnson telah melakar sejarah dengan menandatangani kontrak profesional bersama WWE dengan secara tidak langsung meletakkan Simone sebagai generasi keempat atlet gusti dalam syarikat WWE,

The Rock merupakan pemegang 10 kali world champion title bersama organisasi WWE manakala datuknya Rocky Johnson serta moyangnya yang dikenali sebagai High Chief Peter Mavia merupakan termasuk dalam WWE Hall of Fame.

It means the world to me”, itulah ungkapan yang dikongsikan Simone menerusi akaun media sosial apabila merasakan sangat teruja kerana menerima peluang untuk meneruskan legasi sebagai ahli keluarga Johnson dalam bidang wrestling entertainment.

“Bukan sahaja Simone kini mempunyai peluang untuk menanam dan mempamerkan semangatnya untuk WWE dalam Pusat Prestasi, tetapi dia akan meneruskan tradisi keturunan keluarga yang luar biasa itu sambil mencipta impiannya sendiri sebagai Superstar generasi keempat WWE.” menurut Paul “Triple H” Levesque selaku Executive Vice President, Talent, Live Events & Creative WWE.

Buat sekarang ini Simone masih lagi menjalani latihan bersama bintang Superstars WWE yang lain di Performance Center WWE dimana mereka mendapat latihan daripada jurulatih WWE terkenal Matt Bloom dan Sara Amato. Jadi buat peminat-peminat persembahan WWE, sama-sama kita nantikan kemuncul Simone Johnson dalam gelanggang gusti WWE!

KATALAKI: Gilaa tak pressure kalau bapak kau, atok ngan moyang semua wrestler…

Last modified: 24 March 2020