Andrew Cunanan – Pembunuh Pereka Fesyen Terkenal!

Sembang

Andrew Phillip Cunanan yang lahir pada tahun 31 August 1969 merupakan seorang pembunuh bersiri America yang telah membunuh lima orang termasuklah seorang pereka fesyen Italian terkenal iaitu Gianni Versace. Hari ini kita akan melihat siapa sebenarnya Andrew Phillip Cunanan dan apa motif sebenar dia melakukan semua pembunuhan ini.

Andrew merupakan anak paling bongsu diantara empat adik beradik. Dia yang dilahirkan di California merupakan anak kepada Modesto Cunanan, seorang warga Filipino dan Mary Anne Schillaci yang berbangsa Italian. Andrew telah bersekolah di The Bishop’s School dan merupakan seorang pelajar agak banyak bercakap dan juga cerdik diantara rakan-rakannya.

Di sekolah juga, Andrew terkenal dengan sikap dia yang suka mengada-adakan cerita tentang kehidupan dia dan keluarganya. Dia akan mereka-reka cerita tentang betapa happy dan kayanya kehidupan dia sekeluarga.

Andrew bersama ayahnya Image Via : https://irishcreamandhalcion.tumblr.com

Pada tahun 1988, Ayah Andrew iaitu Modesto telah melarikan diri ke Philippines setelah dirinya telah disyaki terlibat dengan kes-kes pecah amanah. Dia telah meninggalkan Andrew serta ibu dan adik beradiknya yang lain. Sejak daripada itu, Andrew telah mula mencari duit untuk menampung kehidupannya. Salah satu caranya adalah dengan berkawan rapat dengan lelaki-lelaki berumur yang kaya-raya.

Semasa disekolah juga, ramai rakan-rakannya yang tahu Andrew seorang gay dan mereka selalu melihat Andrew dikelab-kelab malam gay dan juga restaurant mewah bersama-sama dengan lelaki tua yang kaya. Pada suatu hari, ibunya dapat tahu tentang kehidupan Andrew dan telah memarahinya. Andrew yang tidak suka ibunya cuba untuk masuk campur tentang kehidupannya telah bertindak menghentak ibunya ke dinding menyebabkan bahu ibunya dislocated.

Selepas habis sekolah, Andrew telah berhijrah ke San Francisco dan tinggal bersama-sama dengan rakan baiknya, Phil Merrill. Di San Francisco, Andrew telah menggunakan beberapa nama lain bagi menyembunyikan identitinya. Antara nama-nama yang dia selalu gunakan adalah Lieutenant Commander Andy Cummings, Drew Cunningham, Andrew DeSilva dan Curt Matthew Demaris.

Pembunuhan pertama Andrew berlaku pada tahun 27 April 1997 apabila dia telah bertindak membunuh salah seorang kawan rapat bekas kekasihnya iaitu Jeffrey Trail yang juga merupakan seorang bekas tentera US Navy. Pembunuhan tersebut bermula dengan pertelingkahan kecil namun Andrew telah bertindak memukul Jeffrey dengan hammer dan meninggalkan mayatnya ditempat kejadian.

Mangsa keduanya adalah David Madson yang merupakan bekas kekasihnya dan rakan baik kepada Jeffrey Trail. Andrew telah bertindak menembak David sebanyak tiga kali di kepala dengan menggunakan pistol yang dia ambil daripada rumah Jeffrey. Mayat David telah dijumpai di sekitar Rush Lake, Rush City.

Lima mangsa pembunuhan Andrew Cunanan. Image Via: https://people.com

Pada 4 May 1997, Andrew telah mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri di Chicago dan berkenalan dengan seorang real estate developer yang bernama Lee Miglin. Lee yang berusia 72 tahun ketika itu telah menjemput Andrew ke rumahnya untuk melakukan hubungan seks. Andrew yang juga seorang yang mempunyai minat dengan BDSM iaitu satu jenis sexual practice telah memujuk Lee untuk membenarkan dia mengikat tangan dan kakinya dengan duct tape. Andrew juga telah membalut muka Lee dengan duct tape sebelum bertindak menikam badannya lebih daripada 20 kali menggunakan screwdriver dan kemudiannya melarikan diri dengan kereta milik Lee.

Lima hari selepas membunuh Lee Miglin, Andrew telah menjumpai mangsa keempatnya iaitu William Reese di New Jersey. Andrew telah menembak mati William yang ketika itu berusia 45 tahun dan kemudianya membawa lari pickup truck milik William ke Florida.

Ketika ini, Andrew telah menjadi penjenayah yang paling dikehendaki oleh FBI dan juga tersenarai didalam FBI Ten Most Wanted Fugitives pada masa itu. Namun disebabkan Andrew mempunyai banyak nama-nama palsu, dia mampu untuk menyembunyikan dirinya di Miami Beach, Florida tanpa dikesan selama dua bulan.

Mangsa terakhir Andrew merupakan seorang pereka fesyen yang paling dikenali ramai sehingga sekarang iaitu Gianni Versace. Andrew mula mengenali Gianni pada 1990 di San Francisco ketika Gianni terlibat dalam satu pementasan opera di San Francisco Opera. Andrew dan Gianni juga dikatakan sebelum ini pernah mempunyai hubungan intim namun ia telah dinafikan oleh keluarga Gianni Versace yang menyatakan mereka berdua tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

Pada 15 July 1997 setelah dua bulan menyembunyikan diri, Andrew telah membunuh Gainni yang juga merupakan mangsa terakhirnya dihadapan rumah Gianni sendiri dan dia telah ditembak sebanyak dua kali. Kes pembunuhan Gianni menjadi satu kes pembunuhan berprofile tinggi dan pihak polis dan FBI mula menyebarkan wajah Andrew Cunanan di semua media-media tempatan.

Mungkin kerana tertekan dan tahu yang dia tidak lagi dapat melepaskan diri. Andrew Cunanan telah membunuh dirinya sendiri pada 23 July 1997. Mayatnya telah dijumpai di sebuah rumah mewah di Miami Beach oleh salah seorang penjaga rumah tersebut apabila dia terdengar bunyi tembakan. Dia telah menembak dirinya dikepala menggunakan pistol yang dia juga gunakan untuk membunuh David Manson, Willian Reese dan Gianni Versace. 

KATALAKI: Sehingga hari ini, pihak berkuasa masih gagal mencari apakah motif sebenar Andrew Cunanan melakukan semua pembunuhan ini.

Last modified: 29 May 2019