Angan-Angan Mat Jenin Duduk Dalam Stadium Ikut Nombor

Aktif, Bola

Syabas pasukan Harimau Malaya selepas berjaya menumbangkan pasukan Indonesia dengan jaringan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 November 2019 hari tu, hasil jaringan gol cantik dan padu daripada pemain paling bernilai Liga Bola Sepak Malaysia, Safawi Rasid.

Memang betul, tepat dan layak anugerah Pemain Paling Bernilai atau Most Valuable Player dianugerahkan kepada penyerang JDT, Safawi Rasid di malam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 yang berlangsung pada 15 November 2019 hari tu.

Selepas 5 perlawanan, Harimau Malaya berjaya melonjak ke tempat ke-2 dalam kumpulan G di belakang Vietnam dengan perbezaan 2 mata. Perlawanan seterusnya untuk Harimau Malaya dalam saingan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 akan berlangsung pada tahun 2020 nanti. Awayday ke UAE pada 26 Mac 2020, menentang Vietnam di Bukit Jalil pada 31 Mac 2020 dan bertandang ke Stadium Rajamangala menentang Thailand pada 9 Jun 2020.

Prestasi dan persembahan Harimau Malaya kat atas padang menentang Indonesia tak perlu kita pertikaikan walaupun keadaan yang agak kecoh berlaku antara penyokong Malaysia dan Indonesia sepanjang perlawanan. Harimau Malaya main memang nak menang. Tu yang kita nak tengok. Steady!

 

View this post on Instagram

 

Good game boys! ๐Ÿฏ malam ni tidur nyenyak weh . . #lelakimarhaen #bola #asianqualifier #fifa #turunpadang #stadium #bukitjalil #masvidn

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Tapi apa yang tak best berlaku masa perlawanan Malaysia menentang Indonesia adalah masalah tempat duduk penonton yang datang untuk penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil. Masalah tempat duduk ni berlaku kat kami sendiri. Sebelum menuju ke tempat duduk, masalah dah mula timbul kat pintu masuk stadium. Beribu-ribu penonton tersangkut di pintu masuk stadium disebabkan proses yang kurang lancar sebelum penonton dibenarkan masuk. Kenapa masa perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 tak berlaku kesesakan yang teruk macam perlawanan Malaysia lawan Indonesia? Kedatangan penonton Piala Malaysia 2019 lebih kurang ramai macam perlawanan Malaysia lawan Indonesia.

Sampai di pintu pagar, tiket kami tak diimbas atau scan oleh individu yang bertugas di pintu pagar. Tapi individu tersebut menggunakan QR code yang lain untuk membolehkan kami masuk ke dalam stadium. Mungkin tu salah satu caranya untuk melancarkan lagi proses orang ramai masuk ke dalam stadium? Kami pun tak pasti.

Bila dah berjaya masuk dalam stadium, kami terus menuju ke section macam yang tertera dalam tiket kami yang dah dibeli lebih awal, sebelum perlawanan Malaysia menentang Thailand pada 14 November 2019. Punya lah jenuh mencari, masih lagi tak berjaya jumpa tempat duduk. Stadium pun masa tu memang dah ramai orang. Mencabar gak la nak cari tempat duduk. Nasib baik lah ada pihak stadium yang bertugas, berpakaian kemas dengan baju keselamatan siap ada tanda kat belakang badan, “Gateย Committee”. Lega gak lah hati bila nampak orang yang boleh dipercayai untuk selesaikan masalah tempat duduk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIMAU MALAYA (@malaysiasoccer) on

Ada dua jawapan yang kami terima bila bertanya mengenai tempat duduk sambil tunjukkan tiket. Jawapan pertama yang kami terima daripada “Gate Committee” tersebut adalah ” Duduk je mana-mana bang”. Alamak, Gate Committee cakap macam tu. Tanjat boboi.

Kami teruskan lagi untuk cari sendiri tempat duduk dan terjumpa “Gate Comittee” yang lain. Kami tanyakan lagi soalan yang sama sambil tunjukkan tiket, “Seat kitorang kat belah mana eh bang?” Jawapan kedua daripada Gate Committee kali ni lagi best, “Seat ni tak wujud ni bang. FAM jual seat yang tak wujud”. Wow. Terdiam gak lah kami. Rasa macam beli tiket kat ulat tiket lak. Padahal elok je kami beli secara online kat Tickethotline. Selepas berkeliaran dekat 30 minit, nasib baik lah wujud abang Polis dengan baik hatinya tolong kami carikan tempat duduk, betul-betul dekat dengan penyokong Indonesia, di aras kedua paling atas.

Image Via : thelaki.com.my

Rasanya bukan kami je yang alami masalah tempat duduk masa perlawanan Malaysia lawan Indonesia hari tu. Kat media sosial pun ramai gak yang bising pasal tempat duduk. Sampai ada yang duduk kat tangga.

Persoalannya sekarang ni, patut atau tidak, perlawanan bola sepak di stadium kena duduk ikut nombor? Kalau nak duduk ikut nombor, mampu ke pihak stadium mengawal dan memantau sama ada semua penonton betul-betul duduk di tempat duduk mengikut nombor?

KATALAKI: Ni baru perlawanan kelayakan dah kecoh. Kalau Malaysia nak anjurkan Piala Dunia nanti macam mana la agaknya.

Last modified: 20 November 2019