Animasi Tempatan Kebanggaan Kita

Sembang

Korang tahu tak filem animasi apa yang pertama kali wujud kat dunia ni? El Apóstol, filem animasi pertama di dunia yang berjaya dihasilkan dan ditayangkan kepada umum pada tahun 1917. El Apóstol ni filem animasi yang berasal dari Argentina, dihasilkan oleh pengarah dan penerbit dari Itali, Quirino Cristiani dan Federico Valle.

El Apóstol

Malang sekali, studio milik Federico Valle terlibat dalam kebakaran dan semua salinan filem animasi El Apóstol musnah dalam kebakaran tersebut. Pada tahun 2007, Quirino Cristiani ada buat dokumentari pasal filem animasi pertama di dunia ni. Kalau korang nak tengok, boleh try cari kat Google atau YouTube, “Quirino Cristiani: The Mystery of the First Animated Movies”.

Malaysia pun tak ketinggalan dalam bidang animasi sebenarnya. Korang pun mesti ada filem atau pun siri animasi tempatan yang pernah jadi favourite korang kan? Ingat lagi tak masa zaman muda-mudi dulu korang layan animasi apa? Mari kita throwback balik filem dan siri animasi tempatan yang pernah menggembirakan zaman kanak-kanak tanpa smartphone.

Keluang Man

Sampai sekarang pun ramai lagi yang tahu pasal Keluang Man. Siri animasi Keluang Man pernah ditayangkan kat TV1 pada tahun 1998 sehingga 2005, menceritakan pasal Borhan yang power bersilat, tinggal kat Hospital Bahagia, bila waktu malam je akan bertukar jadi Keluang Man untuk menumpaskan musuh negara bersama sidekick nya, Tiong Man. Korang ingat lagi tak siapa yang paling menyirap dengan Keluang Man ni? Inspektor Sahab la bro. Nah soundtrack Keluang Man untuk korang layan.

Usop Sontorian

Siri animasi Usop Santorian pernah dapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Animasi Pertama di Malaysia”. Usop Santorian mengisahkan seorang budak lelaki yang bernama Usop, tinggal di Kampung Parit Sonto, Ayer Hitam, Johor. Tu yang dapat nama Usop Sontorian tu. Selain daripada Usop, ada gak kawan-kawan Usop yang memeriahkan lagi jalan cerita siri animasi Usop Sontorian ni antaranya Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh.

Sebelum dijadikan siri animasi dan ditayangkan kat TV1 pada tahun 1996, Usop Sontorian ialah watak kartun yang dicipta oleh Ujang dalam komik lawak popular, Ujang.

Anak-Anak Sidek

Siri animasi yang menceritakan pasal keluarga legenda badminton Malaysia, Anak-Anak Sidek pernah disiarkan di TV1 pada tahun 1999 hingga 2003. Sebelum dijadikan animasi, komik Anak-Anak Sidek diterbitkan dulu pada tahun 1995 hingga 2005.

Korang ada simpan lagi tak komik Anak-Anak Sidek? Antara Bun, Ajib, Alan, Aman dan Adul mana satu watak favourite korang? Bapa dorang, Haji Sidek tetap yang paling garang.

Kampung Boy

Siri animasi Kampung Boy kali pertama ditayangkan pada tahun 1997, diambil daripada novel grafik popular yang dihasilkan oleh Datuk Lat, mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki, Mat dan kehidupannya di kampung yang terletak di Perak. Cerita Mat ni juga diinspirasikan sendiri oleh Datuk Lat mengenai kehidupan sebenarnya masa zaman kanak-kanak.

Silat Legenda

Filem animasi ni diinspirasikan daripada sifat kepahlawanan Hang Tuah dan 4 sahabatnya, Jebat, Lekiu, Kasturi, dan Lekir yang pernah ditayangkan pada tahun 1998. Silat Legenda mengisahkan 5 orang kawan yang terjumpa keris berkuasa yang pernah digunakan oleh pahlawan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Upin & Ipin

Kali pertama siri animasi Upin & Ipin ditayangkan pada tahun 2007 di TV9 sempena bulan Ramadan untuk mendidik kanak-kanak kenal dan menghayati bulan Ramadan. Upin & Ipin yang famous gak kat Indonesia sekarang ni dah ada 3 filem animasi antaranya “Geng: Pengembaraan Bermula” pada tahun 2009, “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” pada tahun 2016 dan yang terkini, filem terbaru “Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal” mula ditayangkan pada 21 Mac 2019.

Dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ni, ada banyak cerita rakyat yang ditampilkan antaranya ada Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, Raja Bersiong, Pak Belalang dan banyak lagi lah.

KATALAKI: Animasi mana satu yang pernah jadi punca korang berebut nak tengok TV?

Last modified: 20 March 2019