Apa Benda Super Bowl Halftime Show & Commercial ni?

Sembang

Korang pernah dengar tak Super Bowl atau pun Super Bowl Halftime Show? Benda ni famous dan rancangan yang paling banyak ditonton kat TV Amerika Syarikat. Super Bowl ialah perlawanan penentuan untuk tentukan siapa juara untuk National Football League (NFL) setiap musim. Juara daripada setiap division yang bersaing dalam NFL untuk musim 2018, American Football Conference (AFC) dan National Football Conference (NFC) akan bertemu dalam Super Bowl untuk tahu siapa juara NFL.

Tahun ni, Super Bowl berlangsung pada 3 Februari 2019.

Super Bowl 2018

Super Bowl Halftime Show pula ialah persembahan daripada artis ternama yang disediakan masa halftime perlawanan Super Bowl ni nanti. Persembahan ni bukan beshe-beshe boss. Tahun-tahun sebelum ni, Justin Timberlake, Lady Gaga, Coldplay, Bruno Mars, The Black Eyed Peas dan ramai lagi artis ternama pernah perform untuk Super Bowl.

Sumber : getty

Untuk tahun 2019, Maroon 5 lak yang akan perform. Masa Super Bowl Halftime Show ni la satu dunia tertunggu-tunggu dan nak tengok macam mana persembahan yang akan dibuat oleh artis yang dijemput. Persembahan mesti lain daripada yang lain.

Selain daripada Super Bowl Halftime Show, ada lagi satu slot yang dinanti-nantikan oleh orang ramai seluruh dunia. Super Bowl Commercial Show, syarikat-syarikat ternama akan bersaing untuk tunjukkan iklan dorang untuk pertama kali ditonton oleh semua orang. Masa ni la kita semua boleh tengok iklan-iklan yang power, yang akan viral nanti. Kat dalam stadium ada tunjuk, kat TV pun dorang akan tunjuk iklan-iklan ni.

Contohnya kalau kat Malaysia, macam iklan raya. Masa dah nak dekat raya dalam bulan puasa, kan kita boleh tengok banyak iklan raya yang keluar. Semuanya berlawan nak buat iklan yang paling gempak, yang boleh buat orang bercakap pasal iklan tu. Sama juga macam Super Bowl Commercial Show.

KATALAKI: 3 Februari nanti kita tengok apa yang akan viral pasal Super Bowl nanti.

Last modified: 1 February 2019