Apa Berlaku Pada Badan Kita Ketika Puasa

Sembang, ZAP, ZeKool

Berpuasa pada bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam. Sekiranya sudah sampai atau mencukupi syaratnya, maka sebagai orang wajib lah untuk menunaikan ibadah puasa. Walaupun kita melihat puasa ini sebagai satu ibadah khusus, namun sebenarnya terdapat kelebihan juga kepada tubuh badan kita. Pernah tak terfikir apa kesan menahan lapar dan dahaga selama 14 jam terhadap tubuh badan kita? Adakah kita sekadar mendapat lapar dan dahaga tanpa tubuh badan kita memperolehi manfaat daripada ibadah puasa. Atau badan kita akan kekurangan zat-zat yang diperlukan disebabkan kita kurang makan dan minum.

PERUBAHAN DALAMAN BADAN

Semasa bulan Ramadan, pemakanan dan waktu tidur kita berubah dengan ketara. Kalau dulu kita selalu makan tak ikut masa dan kerap makan, tiba je bulan Ramadan jadual makan kita secara automatik berubah. Perut kita sudah tidak menerima makanan secara kerap lagi. Secara asasnya badan kita memerlukan tenaga untuk beroperasi, dan tenaga ini datang daripada glukosa yang ada di dalam makanan. Makanan yang kita makan akan mengambil masa selama 8 jam untuk dicerna dan diserap zatnya ke dalam badan kita. Jadi apa yang akan berlaku kalau kita tak makan lebih dari 8 jam?

Bila badan kita tidak menerima sumber tenaga dari makanan, secara automatik ia akan menghasilkan sendiri tenaga menggunakan bahan yang ada di dalam badan, iaitu lemak. Jadi lemak dalam badan kita akan ditukarkan menjadi glukosa dan secara tak langsung badan kita dah membakar lemak. Kalau jenis yang tak ada lemak sangat tu, badan akan mula membakar tisu-tisu otot untuk menghasilkan tenaga. Jadi boleh dilihat berpuasa sememangnya berkesan untuk membakar lemak yang ada dalam badan, sekaligus mengurangkan kadar kolestrol. Tambahan lagi, tekanan darah dan kandungan gula dalam darah juga akan menurun. Tapi kalau lepas berbuka je terus makan macam tiada hari esok pun tak boleh juga.

Selepas sebulan berpuasa, sebenarnya kita juga telah merehatkan perut kita daripada memproses makanan tanpa henti pada bulan-bulan lain. Jadi sistem penghadaman dalam perut kita akan membersihkan badan dan membaik pulih sel seperti sel darah putih. Sistem pencernaan kita akan melalui proses reboot semasa berpuasa untuk ia berfungsi dengan lebih baik.

DETOKS BADAN DENGAN BERPUASA

Selain pembakaran lemak, berpuasa juga mampu untuk detoks kan badan korang. Segala toksin yang tersimpan di dalam badan akan dibuang bersama-sama dengan pembakaran lemak tadi. Kalau korang perasan, selepas beberapa hari berpuasa, badan korang akan rasa sedikit ringan disebabkan tahap hormon endorphin sedang meningkat. Hormon ini bertanggungjawab untuk kecergasan badan dan kesihatan mental.

Tapi berlu diingatkan untuk sentiasa minum air secukupnya. Kekurangan cecair dalam badan boleh mengakibatkan badan kehilangan electrolytes dan potassium. Electrolytes diperlukan untuk membantu mengekalkan keseimbangan air dan juga pengecutan otot. Makanan pun jangan lah tiap-tiap hari makan makanan yang berlemak je. Perlu juga untuk mengambil pemakanan seimbang untuk mendapat zat yang diperlukan badan.

BERPUASA TIDAK SEMESTINYA TURUN BERAT BADAN

Memang betul semasa berpuasa badan kita akan membakar lemak yang ada untuk menghasilkan tenaga setelah ketiadaan sumber makanan untuk dibakar di dalam badan. Tapi kalau dari waktu berbuka sampai ke sahur makan tak berhenti macam mana nak habis sisa makanan dalam perut tu. Ditambah lagi dengan air yang manis dan pemanis mulut yang sedia manis. Perlu diingat juga gula merupakan penghalang paling besar kalau seseorang tu nak kurangkan berat badan. Maka berpada-pada lah semasa makan sepanjang bulan Ramadan ini.

KATALAKI: Tak heran lah kenapa berat badan aku bertambah lepas bulan puasa. Makan tak ingat dunia…

Last modified: 21 May 2020