Apa Dah Jadi Dengan Budak Emas Eropah?

Aktif, Bola

17 Disember 2018 hari tu, pemain pertahanan yang berasal dari Netherlands dan sekarang ni bermain untuk pasukan Ajax Amsterdam, Matthijs de Ligt dah sah dinobatkan sebagai European Golden Boy 2018! Korang reti ke tu macam mana nak sebut nama dia? Matthijs de Ligt ni antara player yang direbut oleh beberapa pasukan ternama dunia antaranya Barcelona, Manchester City, Juventus, Manchester United, Tottenham Hotspurs dan banyak lagi lah. Matthijs de Ligt ni baru je berusia 19 tahun. Muda lagi bhai.

Anugerah European Golden Boy ni ialah anugerah yang dinilai oleh beberapa wartawan bola sepak yang diberi kuasa untuk undi player yang bermain di eropah berusia bawah 21 tahun yang menunjukkan prestasi menakjubkan dalam padang setiap tahun yang dijangkakan akan jadi pemain berkelas dunia satu hari nanti. Pemain pertama yang berjaya dapat anugerah European Golden Boy ni ialah Rafael van der Vaart pada tahun 2003. Jom kita tengok balik pemenang European Golden Boy sebelum ni betul ke berjaya jadi pemain berkelas dunia.

Rafael van der Vaart, Golden Boy 2003

Rafael van der Vaart pernah join 7 team yang berlainan sepanjang karier bola sepaknya termasuk lah Ajax, Real Madrid dan Tottenham Hotspurs. Masa dengan Tottenham Hotspurs, Rafael van der Vaart takde menang apa-apa kejuaraan tapi masa main dengan Real Madrid, Rafael van der Vaart pernah menang Spanish Super Cup sebanyak dua kali.

Tak pernah menang La Liga. Rafael van der Vaart sebenarnya lebih power dan gempak masa perform dengan Ajax dan berjaya menang 4 piala bersama Ajax. Sekarang ni Rafael van der Vaart dah bersara sebagai pemain bola sepak.

Wayne Rooney, Golden Boy 2004

Kehebatan Rooney memang tak perlu kita pertikaikan lagi. Daripada penyerang yang rakus di depan gawang gol sampai la sekarang ni jadi mastermind di bahagian tengah padang. Perjalanan karier bola sepak Rooney pun ada turun dan naiknya bila usia dah meningkat. Wayne Rooney pernah menang 18 piala masa bermain dengan Manchester United. 18! Bapak ah! Piala yang Wayne Rooney pernah menang Manchester United termasuk lah UEFA Champions League 07/08, 5 kali juara Premier League, juara FA Cup 2016, 4 kali juara English League Cup, juara Fifa Club World Cup 2009, juara UEFA Europa League 16/17 dan 5 kali juara English Super Cup. Fuhhh.

Wayne Rooney juga pernah dapat anugerah Premier League Player of the Year 09/10. Wayne Rooney pernah main untuk 3 team yang berbeza antaranya Everton, Manchester United dan sekarang ni masih aktif bermain untuk D.C United di Major League Soccer. Power Rooney!

Lionel Messi, Golden Boy 2005

Lionel Messi memang pemain bola Greatest Of All Time atau G.O.A.T. Baru-baru ni Lionel Messi berjaya menang anugerah European Golden Shoe kali ke 5 sepanjang karier bola sepaknya. Satu-satunya pemain bola sepak yang pernah menang sebanyak 5 kali mengalahkan Cristiano Ronaldo yang berjaya menang anugerah ni sebanyak 4 kali.

European Golden Shoe ni ialah anugerah yang diberikan kepada pemain yang bermain dalam liga utama negara eropah dan berjaya jaringkan gol paling banyak dalam setiap musim. Sekarang ni Lionel Messi dah pun berumur 31 tahun. Rasa-rasanya sempat tak kita tengok Lionel Messi main dengan team selain daripada Barcelona sebelum bersara? Ramai yang teringin nak tengok ni.

Cesc Fabregas, Golden Boy 2006

Fabregas dapat anugerah ni masa masih beraksi bersama Arsenal pada tahun 2006. Fabregas pernah menang 3 piala masa main dengan Arsenal antaranya 2 kali English Super Cup winner, dan juara FA Cup 2005. Fabregas bermain dengan Arsenal dari tahun 2003 hingga 2011, lepas tu berpindah ke Barcelona pada tahun 2011 hingga 2014. Fabregas berjaya menang 5 piala bersama Barcelona lepas tu berpindah pula ke Chelsea.

Sekarang Fabregas masih lagi bermain untuk Chelsea dan setakat ni dah berjaya menang 4 piala dengan Chelsea termasuklah 2 kali juara Premier League. Fabregas juga pernah menang Piala Dunia FIFA pada tahun 2010 bersama pasukan kebangsaannya, Spain.

Sergio Aguero, Golden Boy 2007

Pemain tonggak utama Manchester City sekarang ni, Aguero yang memang berbisa depan gol. Menantu kepada Diego Maradona ni juga pernah beraksi dengan Atletico Madrid, berjaya jaringkan 100 gol dan 46 assists dalam 230 perlawanan. Lepas berpindah ke Manchester City, Aguero dah jaringkan 211 gol dan 61 assists dalam 310 perlawanan dan pernah jadi juara Premier League sebanyak 3 kali. Kali ke-4 mungkin on the way musim ni?

Anderson, Golden Boy 2008

Mana pergi Anderson ni? Dulu Anderson pemain kesayangan Sir Alex Ferguson di Manchester United. Anderson menang anugerah European Golden Boy pun masa masih beraksi di Manchester United. Anderson pernah menang Premier League dengan Manchester United sebanyak 4 kali. Anderson sekarang berumur 30 tahun dan masih aktif bermain di Turki dengan team Adana Demirspor. Selalu injured pun salah satu punca Anderson makin lama makin disisih di Manchester United dulu.

Alexandre Pato, Golden Boy 2009

Pemain yang memang padu masa main dengan AC Milan. Pato pernah jaringkan 63 gol dalam 150 perlawanan dan menang 3 piala dengan AC Milan. Pato juga pernah main dekat Chelsea secara pinjaman. Tapi dapat buat 2 penampilan je dengan Chelsea. Disebabkan prestasi Pato dengan Chelsea tak padu, Chelsea pun pulangkan balik Pato kepada AC Milan. Pato sekarang berumur 29 tahun dan bermain dengan salah satu team di China, Tianjin Quanjian.

Mario Balotelli, Golden Boy 2010

Penyerang kontroversi yang selalu panas baran dengan player lain, fans, termasuklah manager sendiri. Mario Balotelli pernah bermain untuk Inter Milan, Manchester City, AC Milan, Liverpool dan sekarang Nice, dah pernah merasa menjulang UEFA Champions League 09/10 dengan Inter Milan, juara Premier League 11/12 dengan Manchester City dan 3 kali juara Serie A dengan Inter Milan. Sekarang Mario Balotelli masih lagi jadi mesin gol untuk Nice di Ligue 1, dah jaringkan 43 gol dalam 76 penampilan dan masih lagi panas baran.

Mario Gotze, Golden Boy 2011

Player yang laju dan lincah menggelecek ni pernah join Bayern Munich pada tahun 2013. Disebabkan Gotze memang perform di tahap terbaik masa main kat Borussia Dortmund, Bayern Munich sebagai team teragung kat Bundesliga pun pancing Gotze untuk join dorang. Tapi masa kat Bayern Munich, Gotze bergelut juga nak rebut 1st team. Dengan masalah selalu injured lagi. Selama 3 tahun kat Bayern Munich, Gotze berjaya jaringkan 36 gol dan 24 assists dalam 114 perlawanan dan menang Bundesliga sebanyak 3 kali. Tahun 2016, Gotze balik semula ke team kesayangannya, Borussia Dortmund.

Isco, Golden Boy 2012

Isco dianugerahkann European Golden Boy masa tengah beraksi bersama Malaga. Masa tu banyak team yang buru Isco untuk join team dorang. Real Madrid menjadi pilihan Isco pada tahun 2013. Isco dah buat 258 penampilan dan jaringkan 46 gol dan 53 assists untuk Real Madrid setakat ni. Disebabkan prestasi Real Madrid sekarang macam tak tentu arah, Isco antara nama yang disebut untuk chow daripada Real Madrid. Team mana menjadi pilihan Isco lepas ni? Manchester City, Chelsea, Manchester United, Juventus atau Bayern Munich?

Paul Pogba, Golden Boy 2013

Masa zaman remaja, Paul Pogba dibesarkan dan didik oleh akademi Manchester United sebelum dijual ke Juventus disebabkan tak berjaya untuk tunjukkan kemampuan untuk beraksi sebagai pemain utama Manchester United masa tu. Bila dah join Juventus, baru la satu dunia nampak siapa Paul Pogba. Manchester United pun tak buang masa banyak, terus pujuk balik Pogba join Manchester United.

Tapi untuk tahun 2018 ni, prestasi Pogba dengan Manchester United tak berapa bagus dan dikritik teruk oleh media dan peminat. Lepas Jose Mourinho chow mungkin tiba masanya untuk Paul Pogba buat comeback balik? Paul Pogba dah pernah menang Piala Dunia FIFA 2018, 8 piala bersama Juventus dan 2 piala bersama Manchester United.

Raheem Sterling, Golden Boy 2014

Raheem Sterling baru je berumur 24 tahun. Dengan Manchester City sekarang ni, Sterling dalam prestasi yang sangat baik dan tajam di depan gawang gol. Masa dengan Liverpool dulu pun Raheem Sterling dah tunjukkan kehebatannya. Tapi sebab kurang dapat peluang turun 1st team, tu yang Sterling buat keputusan untuk pindah ke Manchester City.

Dalam karier bola sepaknya, Raheem Sterling dah berjaya julang 3 piala antaranya English League Cup sebanyak 3 kali dan juara Premier League 2017/2018. Semuanya bersama Manchester City. Bersama Manchester City, Raheem Sterling dah jaringkan 54 gol dan 56 assists dalam 162 perlawanan.

Anthony Martial, Golden Boy 2015

Maknanya dah ada dua orang player yang pernah dapat anugerah Golden Boy main kat Manchester United sekarang ni? Wow. Memang sepatutnya Manchester United antara team yang digeruni oleh team yang lain. Tapi kemelut di Manchester United mungkin punca beberapa star player main acuh tak acuh je. Tak sabar nak tengok Manchester United buat comeback balik. Anthony Martial dapat anugerah European Golden Boy masa bermain untuk AS Monaco. Anthony Martial dah pernah menang 4 piala bersama Manchester United. Juara Premier League belum pernah lagi.

Renato Sanches, Golden Boy 2016

Sorang lagi player yang tenggelam lepas berpindah ke Bayern Munich. Bukan senang nak berjaya kalau main dengan Bayern Munich. Renato Sanches pernah juga dipinjamkan ke Swansea untuk bermain di Premier League. Masih juga takde impak dan dipulangkan ke Bayern Munich. Sekarang ni Renato Sanches baru berumur 21 tahun. Ada masa lagi untuk buktikan kenapa Renato Sanches pernah dianugerahkan European Golden Boy.

Kylian Mbappe, Golden Boy 2017

Pemenang anugerah European Golden Boy tahun lepas ni lah yang dikatakan bakal sambung legasi kehebatan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Larian yang laju nak mam dan penyudah yang padu antara senjata yang ada dekat Kylian Mbappe. Kylian Mbapee memang perform power terok masa kat AS Monaco dan berpindah ke PSG digandingkan dengan Neymar. Baru berusia 20 tahun, Mbappe dah pernah menang dua kali Ligue 1 bersama AS Monaco dan PSG, 3 piala lagi bersama PSG dan pernah menang Piala Dunia 2018. Power terok Mbappe ni.

KATALAKI: Semoga Matthijs de Ligt tak salah pilih team kalau dia pindah ke team yang ternama lepas ni.

Last modified: 21 December 2018