Apa Itu Alice In Wonderland Syndrome?

Sembang, ZeKool

Korang pernah tengok movie Alice in Wonderland? Dalam movie tersebut, Alice telah terperangkap dalam satu dunia yang lain dan dia mampu menjadi sekecil-kecil semut dan juga sebesar-besar gergasi. Tak dilupakan dalam movie itu juga dia menjumpai pelbagai jenis makhluk yang pelik-pelik.

Kenapa aku bercerita tentang movie Alice in Wonderland adalah sebab terdapat satu penyakit yang mempunyai nama yang sama dan juga diinspirasi daripada cerita kanak-kanak ini. Untuk pengetahuan korang, penyakit ini telah ditemui oleh Dr. John Todd pada tahun 1950.

Sebelum ini penyakit ini diberi nama Todd’s Syndrome namun ia lebih dikenali sebagai Alice in Wonderland Syndrome disebabkan apa yang pesakit alami lebih kurang sama seperti apa yang watak Alice hadapi dalam cerita Alice in Wonderland.

Alice in Wonderland Syndrome (AWS) merupakan satu penyakit unik yang mengakibatkan pesakit mengalami beberapa episode yang membuatkan pandangan dan pemikiran pesakit bercelaru dan tidak dapat membezakan antara apa yang real dan fantasi.

Pesakit akan merasakan seperti tubuh badan mereka mengecil dan membesar dari tubuh badan sebenar mereka. Pesakit juga akan merasakan objek-objek disekeliling mereka seperti bergerak sendiri dan semakin jauh ataupun semakin dekat dengan dorang. Kajian mendapati perkara-perkara ini berlaku bukan disebabkan masalah mata ataupun halusinasi tapi disebabkan oleh bagaimana otak pesakit menerima keadaan sekeliling mereka.

Syndrome ini juga dikatakan akan mengakibatkan beberapa effect kepada beberapa deria lain seperti pandangan, sentuhan dan juga deria pendengaran. Pesakit juga akan merasakan waktu disekeliling mereka seperti bergerak terlalu laju ataupun berhenti secara tiba-tiba.

Kajian mendapati syndrome ini banyak menyerang kanak-kanak dan juga remaja. Walaupun pesakit-pesakit ini dapat menghapuskan syndrome ini bila mereka meningkat dewasa, terdapat beberapa kes yang mana syndrome ini kekal dengan mereka sehingga tua.

Seorang pesakit yang berumur 17 tahun menyatakan yang syndrome ini selalunya menyerang dia tanpa sebarang tanda-tanda. Apabila syndrome ini menyerang, dia akan merasakan objek disekelilingnya menjadi mengecil dan ada juga objek yang menjadi besar dari saiz yang sepatutnya. Dia juga merasakan seperti tubuh badannya mengecil dan akan mendengar suara orang dengan jelas walaupun orang tersebut berada jauh dari tempatnya.

Satu lagi kes adalah tentang pesakit yang berumur 68 tahun. Dia menyatakan pertama kali dia diserang syndrome ini, dia merasakan secara tiba-tiba keadaan disekelilingnya bergerak dengan sangat laju. Tidak berhenti disitu, secara tiba-tiba dia akan merasakan semua objek disekelilingnya seperti bergerak dalam mode slow motion. Orang-orang disekelilingnya juga dilihat seperti berubah warna dan menjadi semakin besar sehinggakan dia merasakan orang-orang disekelilingnya adalah gergasi.

Walaupun doktor menyatakan syndrome ini tidak akan mengakibatkan kematian, ia berbeza dengan pesakit yang berumur 68 tahun ini apabila selepas dia mengalami syndrome Alice in Wonderland, dia mula diserang penyakit Dementia dan akhirnya meninggal dunia selepas dua bulan diserang syndrome Alice in Wonderland.

Syndrome ini juga dikatakan telah mengakibat beberapa orang pesakit mengalami depression kerana malu dan takut dengan apa yang mereka alami. Mostly mereka yang mengidap syndrome Alice in Wonderland ini takut dan malu untuk bercerita dengan orang lain dan juga berjumpa dengan pakar dan ini telah mengakibatkan mereka mengalami tekanan perasaan.

Walaupun selalunya pesakit cuma mengalami serangan syndrome ini selama 10 saat sehingga satu minit, terdapat satu kes seorang remaja yang mengalaminya sepanjang dia berumur 20 tahun. Dia kemudian cuba dan akhirnya berjaya meneruskan kehidupannya walaupun sedang mengalami serangan syndrome Alice in Wonderland ini. Pada usia dia 31 tahun, serangan syndrome Alice in Wonderland ini semakin kurang dan akhirnya hilang begitu sahaja tanpa rawatan rapi.

KATALAKI: Bayangkan korang tengah jalan-jalan lepas tu orang dekat sekeliling korang jadi membesar macam gergasi!

Last modified: 17 January 2020