Apa Itu Black Hat Hackers?

Sembang

Bila kita bercakap tentang Hackers, mesti kita fikir tentang orang yang selalu curi account social orang lain dan curi detail credit card tapi korang tahu tak sejak bila wujudnya hackers ini? Ada yang cakap hackers ataupun gejala hacking ini wujud sejak tahun 80an dan 90an lagi.

Tapi kebanyakan hackershackers dari zaman itu dah pun insaf dan kini ramai yang bekerja sebagai security adviser untuk syarikat-syarikat besar dan juga ada yang bekerja dengan kerajaan. Dalam gelaja hacking ini, terdapat dua group utama yang kita panggil sebagai White Hat Hackers dan Black Hat Hackers. Hari ini aku nak share dengan korang tentang Black Hat Hackers dulu.

Black Hat Hackers ini boleh dikatakan sebagai darkside dalam dunia hacking. Kebanyakan daripada dorang selalunya yang bertanggungjawab dalam hack account bank orang awam dan juga syarikat-syarikat besar. Senang cerita kalau dorang start hacking, mesti akan ada orang yang sensara.

Selalunya kerja dorang adalah mencuri data dan merosakkan system. Dorang mampu untuk shut down atau menghuru-harakan system kerajaan yang mana akan menyebabkan kacau-bilau dan seterusnya memeras ugut kerajaan untuk membayar dorang sejumlah wang yang banyak.

Pada tahun 2017, kita pernah digemparkan dengan gejala Ransomware yang mana geng-geng hackers ini akan hacking social media, website, account bank orang ramai dan seterusnya meminta mereka membayar sejumlah wang dalam bentuk cryptocurrency supaya pihak berkuasa tidak dapat mengesan dorang.

UK’s National Health Service juga pernah terkesan dengan malware seperti ini yang dipanggil sebagai WannaCry Ransomware. WannaCry Ransomware boleh dikatakan satu gejala hacking paling terbesar yang pernah dilakukan oleh Black Hat Hackers.

Sebanyak 19,000 appointment rakyat dengan UK’s National Health Service telah dibatalkan disebabkan oleh ransomware ini dan ini telah effect ramai rakyat-rakyat yang memerlukan bantuan kesihatan. Black Hat Hackers juga terkenal dengan gejala dorang menjual data-data yang dorang curi ke Dark Web.

Black Hat Hackers dikatakan sememangnya suka memporak-perandakan kehidupan orang lain dan mereka seronok apabila dorang dapat mengawal dan memeras ugut orang lain demi kepentingan dorang sendiri.

Disebabkan inilah kerajaan selalunya memastikan system mereka tidak boleh digodam oleh mana-mana hackers demi menjaga semua rahsia-rahsia kerajaan yang mana mungkin akan dijual di Dark Web dan kemudiannya digunakan untuk menghancurkan negara.

Antara Black Hat Hackers yang terkenal adalah Albert Gonzalez yang mana dia telah mencuri data credit card dan menggodam sistem ATM bank-bank besar. Dia telah dipenjarakan selama 20 tahun atas kesalahannya. Dia telah mencuri sebanyak 170 juta data credit card dan account bank dari tahun 2005 sehingga tahun 2007.

Seorang lagi Black Hat Hackers yang terkenal adalah Gary McKinnon. Gary tidak mencuri data credit card orang awam atau memeras ugut tapi apa yang dia lakukan boleh dikatakan agak bahaya dan membahayakan kerajaan.

Dia merupakan orang yang bertanggungjawab dalam The Biggest Military Computers Hacks of All Time kerana dia telah menggodam sistem tentera kerajaan Amerika Syarikat dan juga sistem NASA dan ini telah membuatkan kerajaan Amerika Syarikat dalam keadaan huru-hara pada masa itu.

Gary telah didakwa dan kerajaan Amerika Syarikat telah meminta kerajaan United Kingdom untuk menyerahkan Gary kepada mereka. Tapi Gary bernasib baik kerana Human Right Organizations tidak bersetuju dengan tuntutan Amerika Syarikat.

KATALAKI: Next time aku share tentang White Hat Hackers pulak ye!

Last modified: 19 June 2019