Apa Itu Blackheads?

Collab, Life x Tips, Sembang, SuperDeals

SuperDeals

Cuba korang ambik masa untuk sentuh kejap kulit muka korang, rasa kulit muka korang macam mana? Berminyak tak? tak rata sebab rasa macam ada something kat dalam kulit muka korang kan? Kadang-kadang rasa macam gatal-gatal sikit dan ada kalanya korang macam nak picit je kan, tak kiralah blackheads, whiteheads atau pun jerawat yang memang membesar.

APA ITU BLACKHEADS?

Sebelum kita bercerita lebih tentang macam mana nak hilangkan blackheads. Mari kita rungkai dulu blackheads ini sebenarnya apa? OKAY! Bila pori-pori di muka korang tersumbat dengan minyak, serpihan micro dan sel-sel kulit mati. Ada 2 perkara yang boleh terjadi di permukaan kulit muka korang, iaitu blackheads atau whiteheads. Jadi punca yang berlakunya blackheads di muka adalah akibat pori-pori muka yang tersumbat dengan minyak serta sel-sel kulit yang mati.

BLACKHEAD VS WHITEHEAD

Tadi kita ada katakan terdapat dua perkara yang boleh terjadi di kulit korang (muka terutama sekali). Iaitu blackheads dan whiteheads. Tapi apa perbezaan antara blackheads dan whiteheads sebenarnya? Mungkin blackheads dan whiteheads kelihatan agak berbeza tapi kedua-duanya mempunyai sebab punca yang sama dan korang boleh merawat kedua-duanya dalam pada masa yang sama. Jerawat masih lagi jerawat, sama ada warnanya merah, putih atau hitam sekalipun. Blackheads dan whiteheads juga kita ketahui berpunca daripada sebab yang sama. Tetapi kedua-duanya jenis jerawat ini menghasilkan reaksi yang berbeza pada kulit.

Walaupun blackheads dan whiteheads berpunca daripada minyak, kulit mati serta bakteria yang terperangkap didalam pori-pori kulit. Perbezaan blackheads dan whiteheads adalah pori-pori blackheads yang tersumbat dan terperangkap kekal terbuka kepada udara, ini menyebabkan pertukaran warna tersebut kepada lebih gelap. Nama ilmiah untuk blackheads adalah open comedone.

Whiteheads pula terjadi apabila serpihan-serpihan micro seperti minyak, kulit mati dan bakteria terperangkap didalam pori-pori dan tidak meregangkan pori-pori dan pori-pori menutup sumbatan tersebut yang menjadikan benjolan berwarna putih atau kuning. Nama ilmiah untuk pula adalah closed comedones.

CUCI MUKA, SELALU!

 Kita dah tahu dah apa dan bagaimana punca kepada blackheads dan whiteheads ni kan? Jadi sekarang kita nak kena tahu juga macam mana cara untuk mengatasi masalah kulit muka ni. Cara yang paling mudah dan simple tetapi perlukakan rutin yang konsisten adalah dengan mencuci muka korang setiap kali korang mandi. Mandi pagi pastikan korang cuci muka dan sebelum tidur juga pastikan korang cuci muka. Gunakan produk-produk pencuci muka seperti cleanser yang boleh didapati di kedai-kedai seperti farmasi atau kedai-kedai yang menjual produk penjagaan. Jangan korang guna sabun cuci badan untuk cuci muka sekali pulak, tak boleh tau!

Selain mencuci muka dengan sabun pencuci muka yang betul. Pastikan korang gunakan juga moisturiser untuk kulit muka korang, moisturiser membantu untuk mengekalkan kulit daripada kering dan kusam. Lebih elok kalau korang letak moisturiser sebaik selepas mencuci muka sebab ketika itulah pori-pori korang masih lagi segar terbuka.

JANGAN PICIT LAH

Ya kawan-kawan bila kulit atau kulit muka kita gatal, memang kita ada nafsu untuk garu ataupun lagi drastik, kita akan cuba untuk picit blackheads, whiteheads atau jerawat-jerawat yang makin membesar tu kan? Cara paling efektif sekali adalah untuk jangan picit, rawat dengan betul dengan mencuci muka dan mengunakan cream yang sesuai untuk muka korang.

Kalau korang degil dan picit jugak, ianya akan membuatkan permukaan kulit korang berdarah dan menyebabkan kesan parut pada kawasan jerawat tersebut. Bila perkara ini terjadi, maka korang perlukan pula masa untuk merawat kesan parut tersebut kerana ianya bukan sahaja parut tetapi akan meninggalkan kesan gelap dipermukaan kawasan tersebut. Terus hilang kehandsomeman korang nanti huhuhu

CARA PALING MUDAH DAN SELESA

Selain daripada cara-cara yang banyak untuk menhilangkan blackheads atau whiteheads. Ada lagi satu cara yang kami nak rekomen kat korang adalah dengan pergi ke spa khas untuk membersihkan kulit muka korang. Di spa ini korang boleh mendapatkan bermacam-macam jenis treatment untuk membersihkan kulit muka korang.

Ada treatment khas yang korang boleh cuba untuk menghilangkan sel kulit mati, membunuh bakteria, menghilangkan blackheads serta jerawat dan membuatkan kulit muka korang lebih lembut. Dengan hanya harga serendah RM68 sahaja, korang boleh dapatkan tawaran khas ini di laman web rasmi SuperDeals.com.my.

Memang betul lah jimat kaw kaw kata SuperDeals ni sebab harga asal untuk Facial For Men treatment ini adalah RM336, tapi hanya di Superdeals korang boleh dapatkan dengan harga RM68 je. Kalau berminat, korang boleh klik je DISINI.

KATALAKI: Zaman sekarang ni kita kena jaga lah kesihatan dan kebersihan gais!

SuperDeals

Last modified: 14 February 2020