Apa itu Deepfake Video?

Sembang

Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu video intim yang dikatakan melibatkan seorang ahli politik terkenal. Tidak lama selepas itu kita digemparkan pula dengan satu video pengakuan orang yang dikatakan menjalankan hubungan intim dengan ahli politik tersebut.

Tapi banyak netizen yang tidak percaya dengan video pengakuan tersebut dan ada yang menyatakan video tersebut adalah video yang telah diedit dengan menggunakan teknik Deepfake. Tapi apa sebenarnya teknik Deepfake ini? Jum aku terangkan dekat korang sejarah Deepfake ini

Gambar sekadar hiasan. Image via: Thelaki.com.my

Deepfake ini sebenarnya merupakan satu teknik untuk merubah rupa paras seseorang pada gambar ataupun video. Mereka akan menggunakan gambar asli dan superimpose wajah yang dorang nak gunakan. Teknik ini dinamakan sebagai Generative Adversarial Network (GAN).

Tujuan utama teknik ini dicipta sebenarnya adalah sebagai academic research untuk fokus kepada computer digital images dan juga video. Kajian pertama yang dijalankan untuk teknik ini dinamakan sebagai Video Rewrite program yang telah diperkenalkan pada tahun 1997.

Dalam program ini, dorang berjaya merubah video footage asli dan merubah ayat yang keluar daripada mulut subject kepada ayat lain. Pada tahun 2017, satu video yang dinamakan sebagai Synthesizing Obama telah dikeluarkan. Dalam video ini, ayat yang keluar dari mulut Barack Obama telah diubah dengan menggunakan audio yang berbeza.

Ramai orang tertipu dengan video ini dan dorang percaya dengan apa yang Barack Obama cakap dalam video tersebut. Tidak dilupakan pada tahun 2016, mereka ada menjalankan satu lagi program yang dipanggil The Face2Face program yang mana mereka berjaya merubah rupa seseorang di dalam video. Program inilah yang dikenali sebagai Deepfake pada zaman sekarang.

Sebenarnya nama Deepfake ini telah dicipta oleh salah seorang ahli komuniti Reddit yang turut menggunakan nama Deepfake. Di dalam komuniti r/deepfake di Reddit, mereka berkongsi hasil deepfake video dan image yang telah mereka berjaya lakukan.

Image Via: https://phys.org

Pada mulanya mereka hanya merubah muka artis pada video-video lawak sahaja tapi lama-lama mereka mula merubah wajah artis pada video-video lucah. Disebabkan komuniti online ini agak tersorok, tidak ramai yang tahu apa yang mereka buat.

Tapi pada December 2017, Samantha Cole yang merupakan penulis untuk Vice telah mengeluarkan satu article yang mendedahkan apa yang komuniti ini lakukan. Ini telah membuatkan semua orang tahu tentang teknik Deepfake dan ini telah membuatkan komuniti ini akhirnya telah di-ban oleh Reddit sendiri pada February 2018.

Disebabkan mereka mula merubah wajah-wajah artis pada videovideo lucah, mereka bukan sahaja telah di-ban daripada Reddit malah turut di-ban daripada semua social media paltform dan juga daripada website porno sendiri seperti Pornhub!

Bagi ahli-ahli yang tidak berkongsi hasil Deepfake yang berbentuk pornography, mereka telah membuat komuniti baru yang dipanggil r/SFWdeepfakes, seingkatan untuk Safe For Work Deepfake bagi berkongsi hasil edit dorang yang lawak-lawak.

Banyak artis-artis yang terkesan dengan Deepfake ini. antaranya adalah artis terkenal seperti Daisy Ridley, Gal Gadot, Emma Watson, Katy Perry, Taylor Swift dan juga Scarlett Johansson. Bagi orang yang tidak tahu tentang teknik ini, mereka sememangnya akan percaya dengan video dan gambar palsu tersebut.

Aku sendiri hampir tertipu bila tengok video-video dorang. Well aku kenalah tengokkan sebab nak tulis tentang Deepfake jadi kena tengok betapa real-nya video dan gambar yang diubah menggunakan teknik Deepfake ini hehehe!

Bagi aku, Deepfake ini adalah satu teknologi yang telah disalahgunakan oleh orang awam. Sama seperti teknologi yang ada zaman sekarang, ia bermula sebagai satu aplikasi dan teknik yang sangat bagus tapi mesti akan ada orang yang salah guna untuk kepentingan diri dorang sendiri.

KATALAKI: Maybe korang tak perasan tapi sekarang banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk merubah wajah korang yang korang boleh download secara percuma dekat Internet

Last modified: 1 July 2019