Apa Itu Mother of All Bombs?

Sembang

Korang pernah dengar tentang Mother of All Bomb tak sebelum ini? Kalau korang nak tahu, Mother of All Bomb merupakan non-nuclear bomb pertama yang digunakan oleh Amerika Syarikat semasa lakukan serang di timur Afghanistan.

GBU-43 atau nama sebenarnya Massive Ordnance Air Blast (MOAB) bomb telah diberikan gelaran Mother of All Bomb disebabkan saiz dia yang lebih besar daripada bom-bom yang pernah dicipta sebelum ini. MOAB ini juga dikatakan mempunyai daya letupan sekuat bom nuclear.

MOAB ini telah dicipta pada tahun 2002 oleh Albert L. Weimorts, Jr yang mana dikatakan dicipta khas untuk menghapuskan Saddam Hussein yang mana ketika itu merupakan orang yang mengetuai negara Iraq. Namun US Generals pada masa itu tidak bersetuju untuk menggunakan MOAB kerana takut ia mungkin akan mengakibatkan banyak nyawa rakyat yang tidak bersalah terkorban.

Sejak dari tahun 2003, 15 MOAB telah berjaya dicipta. Menurut jurutera yang bertanggungjawab memasang MOAB ini, ia dikatakan mempunyai berat lebih kurang 10,250 KG setiap satu dan mempunyai ketinggian sebanyak 9.1 meter.

Daripada segi kekuatan pula, mereka menyatakan MOAB mempunyai kekuatan bersamaan 11 tons TNT. Pada 13 April 2017, satu serangan udara telah dilancarkan pada kubu Islamic State of Iraq and the Levant – Khorasan Province (ISIS) yang berada di daerah Achin, Afghanistan.

Penduduk yang berada berdekatan dengan impak letupan memberitahu yang impak letupan MOAB ketika itu seumpama seperti awan sedang gugur dari langit dan bumi seperti telah terbelah dua. Ini tidak mengejutkan kerana impak letupan MOAB dikatakan bersamaan dengan impak gegaran gempa bumi M6.0.

Letupan daripada MOAB ini adalah gabungan daripada 80% TNT dan 20% Aluminum Powder yang mana campuran ini digelar sebagai Tritonal, salah satu campuran bahan letupan paling mudah meletup. 20% Aluminium yang diletakan dalam MOAB ini membantu ia untuk lebih mudah meletup daripada bomb TNT sendiri.

Untuk membawa MOAB ini ke udara, pihak tentera Amerika Syarikat telah menggunakan kapal terbang The Lockheed C-130 Hercules. MOAB ini telah dijatuhkan dengan menggunakan payung terjun dan dijatuhkan betul-betul di atas kubu tentera ISIS.

Salah satu kelebihan MOAB ini adalah ia bukan sejenis bom yang meletup bila terkena darat tapi sebaliknya ia akan diletupkan diatas udara dengan jarak 6 kaki daripada darat. Kesan daripada bom ini mempunyai impak letupan sehingga 1 batu daripada tempat ia diletupkan yang mana akan menghancurkan apa sahaja yang berada dalam lingkungan letupannya.

Kos untuk membuat sebiji MOAB dikatakan menelan belanja sebanyak USD170,000 setiap satu, manakala kos untuk penyelidikan membuat MOAB ini pula dikatakan menelan belanja sebanyak USD300 juta. Tapi adakah Amerika Syarikat rasa selamat mereka ada MOAB ini?

Jawapannya tidak sebab kalau korang nak tahu, Rusia juga mempunyai bom yang lebih kurang sama yang mempunyai gelaran Father of All Bomb dan dikatakan mempunyai impak letupan lebih kuat daripada MOAB iaitu sebanyak empat kali ganda!

SUMBER: Global Security

KATALAKI: Lepas ni negara mana pulak nak buat Grandfather of All Bomb?

Last modified: 25 July 2019