Apa Itu Superfood?

Collab, SuperDeals

Superdeals

Dalam banyak-banyak kategori makanan, ada makanan yang penuh dengan khasiat, ada yang penuh dengan in-take kalori yang banyak. Kesemua jenis-jenis makanan ini objektifnya adalah untuk mengenyangkan perut kita. Tapi walaupun ianya mengenyangkan kita, tak semestinya sihat untuk kita.

Mungkin di masa muda-mudi ini kita masih boleh makan apa saja yang kita mahukan, yela, time ni la kita nak melantak apa yang kita nak tanpa risau tentang kesihatan kita. Tapi dari zaman muda inilah kita kena jaga pemakanan dan apa yang kita ambil.

Jadi tajuk untuk artikel kali ini kita nak tahu apakah itu makanan dalam kategori superfoodSuperfood ini adalah makanan yang selalunya berasaskan daripada tumbuh-tumbuhan tetapi ada juga yang terdiri daripada ikan dan tenusu. Makanan dalam kategori superfood ini juga mempunyai nutrisi yang padat dan dengan itu baik untuk kesihatan seseorang. Blueberries, salmon, kale dan acai hanyalah beberapa contoh makanan yang telah dilabelkan sebagai “superfood”.

Walaupun tiada kriteria untuk menentukan apakah dan apakah tidak makanan dalam kategori superfood. Menurut The American Heart Association, “superfood tidak ada group makanannya sendiri tetapi superfood adalah makanan yang mempunyai faedah kesihatan”.

Superfood juga adalah makanan yang mempunyai pelbagai nutrisi seperti antioxidants yang dianggap sebagai penghalang kanser. Superfood juga adalah makanan yang mempunyai lemak yang sihat yang dikatakan boleh mengelakkan daripada penyakit jantung serta fibers untuk menghalang daripada penyakit seperti diabetes dan masalah penghadaman.

Mengambil makanan yang padat dengan nutrisi dan mempunyai khasiat untuk kesihatan kita sebenarnya adalah satu idea yang sangat bagus, nak-nak lagi kalau makanan tersebut dalam kategori superfood. Tetapi, menurut Despina Hyde, yang merupakan seorang dietician yang berdaftar di New York’s University’s Langone Medical Center, kunci utama dalam pengambilan diet yang sihat adalah untuk mengambil pelbagai jenis makanan berkhasiat dalam kuantiti yang betul.

SUPERFOOD YANG FEMES

BLUEBERRIES

Blueberries merupakan antara yang paling popular dalam senarai superfood sebab blueberries kaya dengan vitamins, serat larut dan fitokimia. Nutrisi yang sama juga boleh didapati dalam berries yang lain seperti strawberries, cranberries. Terdapat sebuah kajian yang dicetak pada tahun 2013 di dalam Circulation Journal dimana pengambilan phytochemicals yang dikenali sebagai flavonoid yang terdapat dalam blueberries serta jenis lain berries boleh mengurangkan risiko keadaan jantung tertentu di kalangan wanita muda. Jadi, kalau nak girlfriend atau adik perempuan korang sihat, nasihatkan diorang untuk ambil blueberries ya.

KALE

Kale atau lebih dikenali sebagai kubis kerinting juga antara superfood yang juga femes dan memang berkhasiat. Kubis kerinting ini dipenuhi dengan vitamin A, C dan K selain serat, kalsium dan lain lain minerals.

SWEET POTATOES

Kalau susah untuk korang makan sayur tumbuhan-tumbuhan hijau. Maka mungkin sweet potatoes atau ubi keledek adalah jawapannya. Sweet potatoes ini juga sama seperti tumbuhan hijau dalam senarai superfood. Sebab dua-duanya mempunyai kandungan serat yang bermanfaat serta vitamin A. Dan ubi keledek ni memang sedap dan mempunyai rasa manis yang semula jadi.

SALMON

Antara ikan yang terdapat dalam senarai superfood tentunya adalah ikan salmon. Bukan hanya salmon, tetapi ikan laut yang lain seperti sarden, ikan makarel atau ikan kembung juga mempunyai asid lemak omega-3 yang dianggap mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Image via: Thelaki.com.my

Jadi korang dah tahu kan apakah itu superfood dan contoh superfood yang bagus untuk korang. Tapi kalau korang tak nak pening-pening untuk makan semua ini. Ada lagi satu option dimana korang boleh dapatkan semua khasiat superfood ini daripada satu produk sahaja iaitu korang boleh beli saja Kinohimitsu Superfood ianya merupakan bijirin campuran dan ianya memudahkan pengambil superfood untuk korang.

Antara khasiat dengan bijirin superfood Kinohimitsu Superfood ini adalah ianya dapat mengurangkan kadar koletrol, menguruskan berat badan, meningkatkan imuniti menggalakkan kesihatan mata, otak dan kulit, menguatkan tulang serta gigi dan bermacam lagi jenis khasiat. Kalau korang berminat, boleh beli je Kinohimitsu Superfood dengan harga promosi semurah RM145 di SuperDeals, semuanya boleh korang check out DISINI.

KATALAKI: Mulakan amalan diet yang sihat gais, dah tua tua nanti tak rugi manaa…..

Superdeals

Last modified: 15 November 2019