Apa Jadi Bila 1.5 Juta Belon Dilepaskan Ke Udara?

Sembang, ZAP

Belon yang diisi helium bila dilepaskan ke udara kita akan nampak dia terbang untuk seketika dan kemudian akan jatuh ke tanah selepas gas helium dah berkurang dalam belon tu. Kalau satu belon okay lah nampak macam tak ada kesan apa-apa pada keadaan sekeliling. Tapi kalau 1.5 juta belon macam mana? Rasa macam menarik je kan kalau dapat lepaskan belon dalam jumlah yang banyak ke udara. Tapi korang tak perlu susah-susah nak jadikan ini sebagai satu experiment sebab benda ni dah pernah dibuat pada tahun 1986 di Cleveland, Ohio. Event yang bermula dengan niat sekadar untuk fundraising dan nampak harmless ni sebenarnya telah menyebabkan keadaan huru hara sekejap pada waktu itu.

KENAPA DIANJURKAN EVENT NI?

Sebenarnya event ini bertujuan untuk fundraising yang dianjurkan oleh United Way of Cleveland, sebuah non profit organisation (NGO). Event ini dinamakan ‘Balloonfest 86’ di mana ia merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan Cleveland di mata dunia. Tambahan lagi, mereka juga ingin memecahkan rekod belon paling banyak dilepaskan ke udara dalam masa yang sama, yang mana sebelum ini pernah dilakukan oleh Disney di Anaheim, California sempena dengan ulang tahun Disneyland yang ke-30. Jadi apa yang mereka buat ni bukan lah yang pertama kali, tetapi merupakan cubaan untuk memecahkan rekod yang pernah dilakukan oleh Disneyland.

Pada hari kejadian (27 September 1986), cuaca dikatakan kurang baik dan kawasan bandar tersebut bakal dilanda hujan ribut. Disebabkan keadaan cuaca, penganjur menukar perancangan mereka dan melepaskan 1.5 juta belon itu lebih awal. Maka berterbangan lah belon-belon itu yang dilepaskan dari Public Square Cleveland. Tapi selepas seketika, tanpa diduga hujan lebat pun turun dan belon-belon yang masih mengembung tu pun jatuh ke bawah. Nampak macam tak ada apa-apa kan? Tapi dengan 1.5 juta belon yang dah bertebaran ke bawah tu cukup untuk mengakibatkan huru hara.

KEROSAKAN YANG BERLAKU AKIBAT ‘BALLOONFEST 86’

Lebih sejuta belon jatuh semula ke tanah dan mengakibatkan saluran pemparitan tersumbat di seluruh Northeast Ohio. Bukan itu sahaja, banyak belon yang terdampar ke perairan Kanada selepas beberapa hari daripada event tersebut. 

Tidak cukup dengan itu, dikatakan sejumlah besar belon yang jatuh di padang rumput di Medina County, Ohio, telah menakutkan beberapa kuda baka Arab milik seorang wanita di situ dan menyebabkan kecederaan pada kuda tersebut. Louise Nowakowski, pemilik kuda tersebut kemudian menuntut ganti rugi bernilai 100,000 USD kepada United Way. Daripada niat nak buat fundraising terus kena bayar ganti rugi. Selain itu, dilaporkan lapangan terbang Burke Lakefront juga terpaksa ditutup selama setengah jam selepas dibanjiri dengan belon-belon ini.

DUA NELAYAN GAGAL DISELAMATKAN

Macam pelik kan tiba-tiba ada kes nelayan yang gagal diselamatkan. Tapi itu lah salah satu lagi tragedi akibat daripada ‘Ballonfest 86’ ni yang telah menyukarkan lagi misi pencarian nelayan yang hilang tu. Dikatakan jumlah belon yang banyak terdampar di perairan telah menyukarkan penglihatan kumpulan misi pencarian untuk mengecam yang mana satu belon dan yang mana satu orang. Selepas beberapa hari, mayat kedua-dua nelayan itu pun terdampar ke persisiran pantai. Isteri kepada salah seorang nelayan tersebut kemudian menyaman United Way kerana telah mengakibatkan tragedi tersebut.

Event tersebut secara kasarnya memang berjaya memecah rekod dunia, tetapi ia juga telah menyebabkan kerugian. Walaupun pada asalnya dilihat sebagai satu usaha fundrising yang tidak mendatangkan bahaya, akhirnya mereka terpaksa akui ianya mungkin satu kesilapan. Ini mungkin boleh dijadikan salah satu pengajaran untuk tidak menganjurkan sesuatu acara yang boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran dan orang sekeliling.

KATALAKI: Nampak macam menarik, tetapi akhirnya mendatangkan keburukan…

Last modified: 9 July 2020