Apa Kena Mengena Zidane & Beckham Dengan Adidas 25 Tahun?

Aktif, Bola

Baru-baru ni Adidas ada keluarkan kasut terbaru sempena 25 tahun Adidas Predator bersama Zinedine Zidane dan David Beckham. Korang stim tak bila first time nampak gambar Adidas Predator 25 tahun ni lalu kat timeline media sosial korang hari tu? Kenapa 25 tahun? Kenapa Zidane dan Beckham? Korang ada terfikir tak?

Kasut terbaru Adidas ni dikeluarkan sempena meraikan kasut Adidas Predator yang pertama kali dipasarkan pada tahun 1994. Tahun 2019 ni dah 25 tahun. Korang dah reti main bola ke masa tu? Ke belum lahir lagi?

Adidas Predator 1994

Pemilihan Zidane dan Beckham sebagai duta untuk mempromosikan kasut terbaru ni memang ngam teruk rasanya. Dua ikon bola sepak yang masih lagi relevan dan ada nilai komersial yang tinggi, ramai peminat bola sepak confirmed teringin nak beli kasut ni.

Jom kita fahami dengan lebih mendalam pasal kasut Adidas terbaru edisi Zidane dan Beckham ni.

Zidane pernah pakai Adidas Predator siri ke-4, Accelerator pada tahun 1998, tahun yang sama Zidane berjaya menang anugerah Ballon D’or masa beraksi bersama pasukan Juventus dan menang Piala Dunia FIFA bersama pasukan Perancis.

Adidas Predator Accelerator 1998

Untuk kasut terbaru Adidas Predator Accelerator Zidane kali ni dikeluarkan dengan warna gold.

Kasut terbaru Adidas Predator Precision Beckham lak diinspirasikan daripada Adidas Predator Precision yang Beckham pernah pakai pada tahun 2001.

Adidas Predator Precision 2001

Pada tahun yang sama, Beckham jadi hero England selepas berjaya jaringkan gol freekick cun melecun untuk jadikan kedudukan gol 2 sama menentang Greece dan melayakkan England untuk bertanding dalam Piala Dunia FIFA 2002 di Korea Selatan dan Jepun.

Adidas Predator Precision Beckham yang terbaru ni, masih lagi maintain warna putih.

KATALAKI: Hari tu dah jumpa dah, ada reseller nak jual kasut ni kat Malaysia.

Last modified: 11 September 2019