Apa Khabar Anak Kurt Cobain?

Sembang

Sebelum ni kami pernah siarkan artikel mengenai siapa bayi yang dibiarkan di dalam kolam renang untuk dijadikan album cover Nirvana. Kalau korang terlepas, boleh baca kat sini.

Image Via : rollingstone.com

Pada 8 April 1994, vokalis dan gitaris Nirvana, Kurt Cobain dijumpai mati di dalam rumahnya ketika berumur 27 tahun. Polis mengesahkan kematian Kurt Cobain berpunca daripada kesan tembakan di kepala yang dilakukan oleh Kurt Cobain sendiri.

Image Via : esquire.com

Sebelum kejadian tragis tersebut berlaku, Kurt Cobain pernah mendirikan rumah tangga bersama Courtney Love dan mempunyai seorang anak perempuan, Frances Bean Cobain yang lahir pada 18 Ogos 1992.

Image Via : mamamia.com.au

Tahun 2019, Frances Bean Cobain dah pun berumur 27 tahun, kini merupakan seorang model dan penyanyi. Frances Bean Cobain pernah berkahwin pada tahun 2014 bersama salah seorang ahli kumpulan The Eeries, Isaiah Silva. Pada tahun 2017, Frances Bean Cobain dan Isaiah Silva disahkan dah bercerai.

Image Via : reuters.com

Pada tahun 2015, Frances Bean Cobain pernah terlibat dalam penghasilan filem dokumentari mengenai Kurt Cobain sebagai penerbit bersama yang bertajuk “Kurt Cobain: Montage of Heck”. Boleh tahan tinggi gak review rating untuk filem ni. Kalau korang pandai cari kat internet, boleh jumpa dan layan filem ni.

Image Via : amazon.com

Yang terbaru, Frances Bean Cobain mengeluarkan koleksi pakaian yang dikenali sebagai “Kurt Was Here“, menggunakan grafik, contengan, catatan dan lakaran yang pernah dihasilkan oleh Kurt Cobain sendiri menerusi KurtCobainShop.com. Sebahagian daripada hasil kutipan koleksi pakaian “Kurt Was Here” akan disalurkan kepada JED Foundation, sebuah organisasi kebajikan yang membantu remaja yang mempunyai masalah kesihatan mental.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Frances Bean Cobain (@thespacewitch) on

Untuk info, sekarang ni Frances Bean Cobain mempunyai hak milik sepenuhnya untuk sebarang publisiti yang menggunakan nama dan gambar Kurt Cobain.

KATALAKI: Kalau pakai Converse tapi tak kenal Kurt Cobain, simpan je la balik dalam kotak Converse tu.

Last modified: 26 September 2019