Apa Maksud Goal Celebration Gareth Bale

Aktif, Bola

Semalam, 14 Februari 2019, La Liga dah sahkan akan siasat gaya sambutan gol yang dijaringkan oleh Gareth Bale dalam perlawanan menentang Atletico Madrid pada 9 Februari hari tu. Kalau didapati bersalah, Gareth Bale mungkin akan digantung sehingga 12 perlawanan bersama Real Madrid dalam La Liga. Apa maksud sebenar sambutan gol Gareth Bale ni sampai boleh jadi kontroversi?

Isyarat tangan yang ditunjukkan oleh Gareth Bale ni digelar Iberian Slap atau dalam spanish dipanggil Corte de Manga. Isyarat tangan ni dah tentu sekali membawa maksud yang kurang baik sehingga semua pemain bola sepak dilarang melakukan aksi ni dalam perlawanan bola sepak mahu pun di luar padang bola. Sebelum ni Paul Pogba pun pernah dituduh melakukan bahasa isyarat yang sama dalam kejohanan EURO 2016 bersama pasukan Perancis.

Lepas tamat perlawanan, Paul Pogba menafikan tuduhan orang ramai kononnya Paul Pogba sengaja celebrate gol seakan-akan menunjukkan gaya Corte de Manga. Takde sebarang tindakan atau penggantungan perlawanan yang dikenakan kepada Paul Pogba. Cuba korang tengok balik dalam video bawah ni, apa komen korang?

Kalau korang masih blur dan tak faham apa maksud bahasa isyarat Corte de manga ni, juga digelar The Finger di Amerika Syarikat, membawa maksud yang sama seperti F**K You atau I Don’t Give A F**K.

KATALAKI: Kita tunggu je lah apa keputusan La Liga pasal Gareth Bale ni.

Last modified: 15 February 2019