Apa Maksud Piemonte Calcio?

Game, Tech

Kaki gentel FIFA mesti dah tahu yang takde nama, lencana dan jersi pasukan Juventus akan ditampilkan dalam FIFA 20 nanti. Ini semua berpunca daripada hak eksklusif yang berjaya dimiliki oleh Konami untuk menampilkan Juventus termasuk lah nama, lencana dan jersi rasmi Juventus dalam PES 2020.

Disebabkan hak eksklusif Juventus diberikan kepada Konami, FIFA 20 akan menggunakan nama Piemonte Calcio sebagai pengganti nama pasukan Juventus. Tapi korang yang kaki FIFA jangan risau, pemain-pemain Juventus antaranya Cristiano Ronaldo, Aaron Ramsey, Paulo Dybala, Matthijs de Ligt dan ramai lagi tetap ada dalam FIFA 20 nanti. FIFA sendiri ada bagi info yang lebih terperinci mengenai penggunaan Piemonte Calcio kat website rasmi dorang.

Image Via : ea.com

Apa Maksud Piemonte Calcio?

Kewujudan nama Piemonte Calcio yang akan digunakan dalam FIFA 20 nanti datang daripada nama sebuah kawasan atau rantau di Itali iaitu Piedmont, kat situ lah terletaknya bandar Turin atau juga dikenali sebagai Torino, tempat asal-usul pasukan Juventus. Kalau dalam bahasa Itali, rantau tersebut dipanggil Piemonte.

Image Via : wanderingitaly.com

Calcio pula bermaksud sepak atau kick. Di Itali, Calcio membawa maksud bola sepak. Kat Itali memang ada pasukan-pasukan bola sepak lain yang gunakan nama Calcio antaranya Atalanta Bergamasca CalcioBrescia CalcioSocietà Sportiva Calcio Napoli (S.S.C Napoli), Udinese Calcio dan Associazione Calcio Milan (A.C Milan).

Ada juga yang tertanya-tanya, dalam FIFA 20 nanti nama dan muka pemain-pemain Juventus akan gunakan muka dan nama di dunia sebenar atau nama dan muka rekaan macam yang Konami pernah buat dalam PES sebelum ni?

Nama sebenar dan muka sebenar pasukan Juventus tetap akan ditampilkan dalam FIFA 20 nanti. FIFA sendiri dah sahkan isu ni.

Image Via : ea.com

Selain daripada nama, lencana dan jersi Juventus yang takde dalam FIFA 20, stadium rasmi Juventus, Allianz Stadium juga takkan ada dalam FIFA 20 nanti. Ada kat dalam PES 2020 je.

Pasukan-pasukan lain yang juga menjadi pasukan rasmi untuk PES 2020 antaranya Manchester United, Arsenal dan Bayern Munich tidak terlibat dalam hak eksklusif yang dimiliki oleh Konami. Maknanya pasukan-pasukan ni masih lagi boleh ditampilkan dalam FIFA 20.

KATALAKI: FIFA 20 akan mula dipasarkan secara rasmi pada 27 September 2019 dan PES 2020 pada 10 September 2019.

Last modified: 23 July 2019