Apa Respons Netizen Mengenai Filem Birds Of Prey?

Sembang

Filem terbaru daripada DC Comics, Birds of Prey lakonan Margot Robbie yang memegang watak Harley Quinn kini mula ditayangkan kat Malaysia pada 6 Februari 2020. Ada ke antara korang yang dah tengok filem Birds of Prey ni? Puas hati tak? Tak boleh nak lawan filem Joker la kot? Kalau korang nak tahu kisah di sebalik wanita yang suka bermekap tebal dan jiwa kacau ni, korang boleh baca kat sini nanti.

Selepas berjaya memegang watak Harley Quinn dalam filem Suicide Squad pada tahun 2016, Margot Robbie bukan sahaja dikekalkan sebagai pelakon untuk watak Harley Quinn, Margot Robbie yang berasal dari Australia, juga merupakan salah seorang penerbit yang bermati-matian untuk menghasilkan filem Birds of Prey.

 

View this post on Instagram

 

Miss me? 💋HQ

A post shared by @ margotrobbie on

Disebabkan Margot Robbie tak nak filem Birds of Prey hanya menceritakan mengenai Harley Quinn seorang, ada beberapa watak superhero wanita lain juga ditampilkan dalam filem Birds of Prey untuk membentuk sebuah kumpulan superhero yang hanya dianggotai oleh superhero wanita, dikenali sebagai Birds of Prey.

Watak superhero wanita selain Harley Quinn yang ada dalam filem Birds of Prey adalah The Huntress dilakonkan oleh Mary Elizabeth Winstead, Black Canary dilakonkan oleh Jurnee Smollett-Bell dan Cassandra Cain dilakonkan oleh Ella Jay Basco yang akan jadi Batgirl bila dah dewasa nanti.

Masih lagi tidak mendedahkan sebarang spoiler kat dalam artikel yang korang baca ni, ini antara respons orang ramai yang dah tengok filem Birds of Prey di pawagam. Lain orang, lain cita rasa dan pandangan.

KATALAKI: Suicide Squad 2 dijangka akan ditayangkan pada tahun 2021 nanti. Sekarang tengah dalam pembikinan.

Last modified: 7 February 2020